Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kal.bu] | قلبو

Definisi : hati (pusat segala perasaan batin), sanubari; ~ zakiah hati yg suci murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kal.bu] | قلبو

Definisi : hati (pusat segala perasaan batin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalbu
Rujuk :hati

Puisi
 

Anak ikan mudik ke hulu,
     Sampai ke hulu ditangkap ibu;
Kalau mungkir janji dahulu,
     Hancurlah hati serta kalbu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon untuk mendapatkan kepastian tentang perkataan KALBU. Sekiranya sebutan ini menggunakan huruf 'Qof' (Qalbu; tiada dalam rujukan?) sepatutnya ianya akan membawa maksud hati jika di terjemahkan dari bahasa arab. Sebaliknya jika sebutannya menggunakan huruf 'Kaf' ianya akan membawa maksud anjing..mohon pencerahan, terima kasih.Untuk makluman tuan, kata umum bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja mengikut cara mengeja kata jati dalam bahasa Melayu. Oleh itu, apabila kata قلب  diserapkan ke dalam bahasa Melayu maka dieja sebagai kalbu. Pada pandangan kami tidak timbul kekeliruan dalam hal ini kerana bahasa Melayu hanya menyerap kata Arab قلب , iaitu hati dan tidak menerima كلب . Tidak ada sinonim bagi kata anjing dengan kata serapan yang lain dalam pangkalan data kami. Dan dalam konteks bahasa Arab kedua-dua kata jelas berbeza sebutan dan maknanya.Istilah06.02.2013
Elwani Majidah Ali Nov 25th, 6:44pm Salam, tumpang tanya, masih adakah lagi naskhah terjemahan Kalbu? Penulis asalnya Soseki Natsume.Buku yang dicari, ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jika tuan berhajat untuk memiliki sendiri naskhah tersebut, sila hubungi Kedai Buku DBP (jika masih ada dalam simpanan) melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp.yahoo.com.Lain-lain25.11.2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

- Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin).
- Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung
- Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan.

Makna17.05.2017
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Terima kasih atas bantuan daripada pihak DBP sebelum ini. Cuma saya ingin bertanya jika ada makna dari sudut frasa bahasa sastera bagi perkataan kalbu ?Untuk makluman, pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4 seperti yang telah diberikan sebelum ini. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini atau melayari laman web yang berkaitan jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci.Lain-lain23.05.2017
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu?Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi.Tatabahasa19.06.2013
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas