Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lén.dar] | کاليندر

Definisi : (kaléndar) 1. jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yg diatur mengikut hari (dlm minggu) dan bulan (dlm tahun), takwim, almanak, penanggalan; ~ dinding kalendar yg digantungkan di dinding; 2. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dlm tahun berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lén.dar] | کاليندر

Definisi : /kaléndar/ senarai atau daftar hari bulan; takwim: ~ dinding kalendar yg disangkutkan di dinding. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalendar (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan takwim, almanak, penanggalan, daftar hari bulan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan ejaan yang betul untuk bulan-bulan kalendar islam contohnya bulan safar.adakah ada satu "safar" atau 2 "saffar"?kalau boleh, untuk semua bulan dalam kalendar islam.

Ejaan yang betul ialah Safar. Untuk menyemak ejaan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari http://prpm.dbp.gov.my.

Ejaan17.03.2010
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya berkenaan dengan huruf besar dan kecil bagi ayat di bawah:- 1) Hari Guru atau hari guru yang betul? Hari Sukan atau hari sukan? Hari Kanak-Kanak atau hari kanak-kanak? 2) Datuk menggantung kalendar pada dinding. atau Datuk menggantung kalendar di dinding. Terima kasih.1). Frasa Hari Guru, Hari Sukan dan Hari Kanak-kanak (Sedunia)  berfungsi sebagai nama khas sekiranya berganding dengan penerang nama khas dan huruf pertama dieja dengan huruf besar. Sekiranya frasa dalam ayat umum biasa hari guru, hari kanak-kanak, hari sukan  ditulis dengan huruf kecil. 2). Ayat yang betul ialah Datuk menggantung kalendar di dinding.Tatabahasa19.04.2021
Salam Tuan, Bolehkan saya menggunakan perkataan Carta Flip untuk carta yang boleh dibalikkan seperti kalendar. Adakah perkataan Carta Selakan sesuai digunakan? Adakan pihak tuan mempunyai cadangan perkataan lain untuk item ini. Semoga mendapat jawapan segera daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.Padanan yang digunakan untuk "flip chart" ialah carta selak. Terima kasih.Istilah01.02.2011
APAKAH MAKSUD GELARAN PERKATAAN `KOP'?Menurut Kamus Dewan, 'kop' bermaksud bekam; tanduk; edaran atau pusingan 12 tahun kalendar orang Siam, Jepun dan Cina; kubah; tempat duduk belakang gajah. Sila pastikan soalan yang berkaitan dengan gelaran.Makna17.06.2008
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut?Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama.Lain-lain09.11.2008
Saya berminat untuk menghadiri sebarang seminar/persidangan dsb yang berkaitan bahasa dan sastera. Diharap pihak tuan dapat memberitahu jadual bagi tahun 2008. Terima kasih.

DBP memang sentiasa mengadakan seminar atau persidangan yang berkaitan dengan sastera, tetapi buat masa ini kalendar untuk tahun 2008 masih belum dapat disediakan, namun demikian, pihak kami sentiasa membuat siaran di akhbar-akhbar dan juga melalui laman DBP.  Mohon saudara sentiasa membuka laman DBP untuk mendapatkan maklumat yang saudara kehendaki.  Ketika ini masih belum ada sebarang seminar atau persidangan dalam perancangan awal tahun ini.

Lain-lain08.01.2008
Adakah wujud perkataan LUNA dalam bahasa melayu? Jika wujud, apakah maksudnya dan mengapa tiada di dalam kamus dewan?Tiada kata "luna" yang terakam dalam kamus bahasa Melayu terbitan DBP. Jika kata tersebut ialah "lunar", kata tersebut bermaksud berkaitan dengan bulan, misalnya dalam frasa "kalendar lunar" atau "tahun lunar".Makna28.11.2023
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya menjumpai frasa berikut dalam Terma & Syarat Bahasa Melayu sebuah institusi kewangan: "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari calendar (sic) terlebih dahulu makluman awal..." Padanan Bahasa İnggeris frasa tersebut ialah "...with twenty-one (21) calendar days' notice..." Adakah terjemahan Bahasa Melayu frasa tersebut tepat? Adakah terjemahan yang betul ialah "...dengan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar makluman awal terlebih dahulu..."? Terima kasih.Waalaikumussalam. Mohon berikan ayat yang lengkap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk kami semak dan mengesahkan terjemahan frasa tersebut. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan04.05.2018
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut?

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut:

1.    Nombor pada permulaan ayat

Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh:

a)    Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang.

b)    1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini.

2.    Nombor dalam ayat

a)    Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja.

Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak.

b)    Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh:

i.              Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

atau

ii.            Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162.

Ejaan07.11.2023
12

Kembali ke atas