Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.mah] | کليمه

Definisi : Ar lafaz yg dituturkan oleh manusia; (dua) ~ syahadat = ~ yg dua lafaz ikrar baha­wa seseorang beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad SAW dgn ungkapan yg bermaksud “aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah.” (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.mah] | کليمه

Definisi : kata atau kumpulan kata yg mempunyai makna tertentu; perkataan; ayat. ~ Allah perkataan Allah. (dua) ~ syahadat pengakuan atau keyakinan Islam yg dua (Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad ialah Rasul Allah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalimah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007
Kenapakah kata "qiamat" ditukar ejaannya kepada "kiamat"? Sedangkan kata "Quran" dikekalkan? Soalan ini pernah diajukan kepada saya ketika satu perbincangan bahasa bersama rakan saya di IPG. Soalan ini rentetan daripada hujah rakan saya berkaitan dengan pertukaran makna pada sesuatu kata. Rakan saya mengaitkan perkara ini sama seperti kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, sekiranya berlaku pertukaran ejaan, akan berubah maknanya. Jadi, apakah jawapan yang lebih jelas berkaitan dengan hal ini?Ejaan "kiamat" disesuaikan mengikut pedoman Transliterasi Arab-Rumi, manakala kata al-Quran dianggap sebagai kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dengan huruf yang melambangkan huruf qaf dalam bahasa Melayu. Kami tidak menafikan kemungkinan wujud perubahan makna apabila ejaannya diubah, tetapi kita harus faham dan melihat keseluruhan konteks perbincangan. Contohnya, jika kita merujuk hari kebangkitan tidak mungkin kita merujuk kepada makna yang lain selain hari kiamat.Ejaan28.08.2011
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk.Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00.Lain-lain29.12.2009
apakah perbizaan diantara kalimah "dewan kukuliah" dengan "bilik darjah" kami seorang pelajar yang tidak maher dalam kalimah melayu lagi kami adalah rakyat thai sedang digkuna bahasa thai kalau begitu kami harapkan anda di jawabkan soalan kami terimakasih dengan di hormati Abdullah bin AhmadDewan kuliah bermakna suatu ruang yang besar untuk mengadakan sesuatu acara seperti persidangan, perjumpaan, forum dan syarahan yang memuatkan peserta yang ramai. Manakala bilik darjah ialah ruang yang terhad atau kecil untuk mengadakan kelas pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan tidak ramai pelajar. Dewan kuliah sering digunakan di pusat pengajian tinggi, sementara bilik darjah digunakan di sekolah rendah dan menengah.Makna27.12.2007
Apakah singkatan yang diguna oleh DBP ntuk kalimah Bahasa Arab iaitu radiallahu anha (wanita) dan radiallahu anhum (ramai)? sebagaimana yang saya sedia maklum bahawa r.a. adalah untuk radiallahu anhu (lelaki). Adakah kedua-dua kalimah tersebut sama sahaja atau terdapat singkatan yang lain? Terima kasih.Singkatan yang digunakan untuk radiallahuanhu, radiallahuanha dan radiallahuanhum ialah r.a.Lain-lain13.09.2021
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih.Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks.  Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan.Ejaan25.02.2020
Mohon semak penggunaan perkataan penguasaan dalam tajuk kajian saya : Meningkatkan Penguasaan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik Nyanyian 'Alunan Syahadahku' Dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu. Terima kasihKami berpandangan perkataan penghayatan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. Meningkatkan Penghayatan Dua Kalimah Syahadah Menggunakan Teknik "Alunan Syahadahku" dalam Kalangan Murid-murid Tahun Satu.Tatabahasa29.04.2015
Assalamualykum wmt wbt. Saya cuba mencari perkataan "thoyyiba" kalimah Arab yang telah dimelayukan tetapi gagal. Ia bermaksud "baik". Saya dapati ianya telah diguna pakai dalam penulisan akademik. Mohon bantuan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perkataan "Thoyyiba" tidak dimelayukan dan tidak terdapat dalam Kamus Dewan.  Untuk penulisan akademik pihak puan boleh menggunakan kalimah bahasa Arab ini tetapi menggunakan tanda petik  -->  "thoyyiba"Istilah11.01.2017
Salam. Saya perlukan nasihat berkaitan dgn kalimah dlm tulisan khat yg sy sertakan. Bukankah bunyi akan menjadi, LA ILA HALLA ILLAHA? Mohon pencerahan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang bentuk-bentuk khat dan kesahihan ejaan khat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu tuan dalam mengeja perkataan menggunaan tulisan Jawi.Lain-lain25.09.2015
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai?Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut.Makna21.06.2009
12

Kembali ke atas