Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg ter­tentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1 satuan atau unit utk menyukat haba yg bersamaan dgn 4.1868 joules; banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 10C. 2 unit tenaga yg diperoleh drpd makanan: Satu auns gula menghasilkan 100 ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalori


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kaloricalorieNilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule.Menengah Rendah
nilai kaloricalorific valueJumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram.Menengah Rendah
habaheatBentuk tenaga yang boleh dipindahkan di antara dua jasad. Haba disukat dalam unit joule, J atau kalori.Menengah Rendah
joulejouleUnit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori.Menengah Rendah
pemanissweetenerBahan berkalori rendah yang digunakan sebagai pengganti gula untuk memaniskan minuman dan makanan. Bahan ini digunakan untuk memberi rasa manis kepada minuman tanpa menambahkan kalori dalam bentuk gula. Contohnya, aspartame.Menengah Atas

Kembali ke atas