Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg ter­tentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1 satuan atau unit utk menyukat haba yg bersamaan dgn 4.1868 joules; banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 10C. 2 unit tenaga yg diperoleh drpd makanan: Satu auns gula menghasilkan 100 ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalori


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caloriekaloriKimiaTiadaUnit kuantiti haba dalam sistem sentimeter-gram-saat. Kalori ditakrifkan sebagai kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1oC. 1 kalori bersamaan dengan 4.18oC joule.
calorific valuenilai kaloriKimiaTiadaKuantiti haba yang dibebaskan semasa pembakaran lengkap seunit jisim bahan api. Nilai ini ditentukan dengan menggunakan kalorimeter bom. Nilai kalori dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram.
very low calorie diet (VLCD)diet kalori terlalu rendah (VLCD)Makanan dan PemakananPemakananJenis diet yang membekalkan 400 hingga 800 kalori sehari, biasanya diambil dalam bentuk cecair untuk menggantikan makanan seharian. Daripada jumlah ini, 120 hingga 480 kalori terdiri daripada karbohidrat dan bakinya adalah daripada protein berkualiti tinggi. Diet ini disarankan untuk individu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat melalui formulasi yang dibentuk agar dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, jenis diet ini hanya boleh digunakan untuk waktu yang singkat, biasanya dalam 12 minggu.
calorie requirementkeperluan kaloriPerubatanTiadaNilai kalori yang diperlukan oleh seseorang mengikut umur, jantina dan kegiatannya.
calorie intakepengambilan kaloriKimiaBiokimiaKesetaraan kalori yang diperoleh daripada penghadaman makanan dan dihitung dengan berasaskan tenaga yang diperoleh melalui pengoksidaan sempurna makanan.
calorickaloriKimiaTiada1. Berkaitan dengan haba.,2. Berkaitan dengan kalori.
low-calorie foodsmakanan rendah kaloriSains KesihatanTiadaMakanan yang mengandungi kalori rendah.
high-calorie dietdiet tinggi kaloriSains KesihatanTiadaDiet yang menyarankan penagmbilan kalori melebihi paras normal untuk mencapai keperluan tenaga yang tinggi.
very low calorie dietdiet terlalu rendah kaloriSains KesihatanTiadaDiet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari.
calorie (cal)kalori (kal)VeterinarTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1° C pada tekanan 1 atmosfera. Satu kalori bersamaan dengan 4.184 joule.
12345678910...

Kembali ke atas