Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mal] | کمال

Definisi : Ar sempurna, lengkap serba-serbinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamal kawan saya. Dia belajar sama saya. Adakah betul?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya.Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya.Tatabahasa21.07.2008
En. Mohd Kamal, SK Pekan Kota Belut, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti produk DBP kepada para pelajar. Sementara waktu Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu.Petugas menerangkan maklumat tersebut secara ringkas dan padat.Lain-lain24.05.2014
penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal.Tatabahasa08.07.2013
Adakah ayat-ayat ini betul? 1.Kamal telah sampai do Johor pada pukul 9.00 pagi. 2.Angkasawan itu mendarat di bulan dengan roket baharu.Kamal telah sampai di Johor pada pukul 9.00 pagi. Angkasawan itu mendarat di bulan dengan roket baharu. Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa19.01.2017
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan.

      1.  Makanan seimbang penting untuk kita.
Penerangan:  Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”.
 
2.  Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek.
Penerangan:  Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” .

3.  Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh.
Penerangan:  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal.

4.  Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau.
Penerangan:  Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek.


Tatabahasa15.03.2018
Assalamualaiku...saya ingin bertanya tentang perkataan ''untuk''. berfungsi sebagai dua golongan kata iaitu Kata sendi nama dan Kata hubung. Ayat 1. Air kelapa boleh diminum untuk menyejukkan badan. Ayat 2. Kamal membeli buku untuk adik. Ayat 3. Buku yang dibeli oleh Kamal untuk adik. Soalan saya: '' untuk'' dalam ayat pertama berfungsi sbg kata hubung. Adakah ''untuk'' dalam ayat kedua dan ketiga juga berfungsi sbg kata hubung? Terima kasih, tuan.Perkataan untuk dalam ayat kedua dan ketiga berfungsi sebagai kata sendi nama.Tatabahasa15.08.2014
1. Adakah penggunaan perkataan "masak" betul bagi ayat ini : Abang Kamal memetik sayur yang masak di kebun datuk. 2. Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang'? 3. Adakah penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang' hanya dalam benda-benda tertentu ? Contohnya masak hanya digunakan dalam buah-buahan, fikiran dll. Terima kasih.Selamat pagi;

1. Penggunaan perkataan masak boleh digunakan bagi ayat: Abang Kamal memetik sayur yang masak di kebun datuk.
2. Soalan 2 dan 3:  Penggunaan perkataan 'masak' dan 'matang boleh digunakan mengikut konteks penggunaan. Sila rujuk kamus DBP.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.09.2016
Rina Kifley WED 8:16AM Salam, saya Rina. Pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Saya mahu bertanya, bagaimana boleh saya dapatkan contact number, email dan alamat surat menyurat Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala? Diharap pihak tuan dapat membantu. Terima kasih.SN Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah boleh dihubungi melalui alamat: 321, Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 Kuala Lumpur.Lain-lain31.08.2016
I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasihDalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. Tatabahasa14.06.2008
123

Kembali ke atas