Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan dlm famili Olacaceae, kemap, petaling gajah, Strombosia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kamapkamapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Strombosia spp. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah petaling gajah, dan spesies utamanya termasuk Strombosia lucida dan S. maingayi. Gubal kayu kamap berwarna coklat kekuningan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu atau coklat tua. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 815 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu kamap kuat dan mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, tiang, dan alas angkut.

Kembali ke atas