Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang­-barang berharga; ~ bicara bilik tempat ber­unding; ~ bola rumah tempat bersenang­-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kamar (kata nama)
Bersinonim dengan bilik, ruang, bilit.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD SURAMSuram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; Makna02.10.2010
Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik.Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan.Tatabahasa07.04.2019
SINONIM TANDAS DALAM BAHASA ISTANA

Untuk makluman, tidak ada sinonim untuk tandas dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana ialah kamar bersiram. 

Istilah07.04.2011
SAYA INGINKAN KEPASTIAN TENTANG PERKATAAN TANDAS DALAM BAHASA ISTANA. TERIMA KASIHMaklumat ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang digunakan oleh pihak istana untuk tandas ialah kamar bersiram.Istilah07.04.2011
saya keliru dengan pengunaan perkataan tersilap dihantar atau tersilap menghantar. Sudi menerangkan pengunaan perkataan dihantar dan menghantar. Bersama-sama ini dikemukakan surat daripada Mahkamah Tinggi Kuantan yang tersilap dihantar/ tersilap menghantar ke Kamar ini untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.Frasa yang betul ialah tersilap menghantar. Menghantar ialah kata kerja aktif dan dihantar ialah kata kerja  pasif dan kata kerja pasif lazimnya mendahulukan  objek asal sebagai keterangan seperti makanan dihantar kepada Ali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata kerja aktif dan kata kerja pasif.Tatabahasa03.01.2014
Apakah maksud ‘echo chamber’ dalam konteks media sosial yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu?Padanan istilah yang sesuai ialah ruang gema atau kamar bunyi.Istilah18.05.2021
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.

Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">memper-i> bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)

(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)

Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">peN-i> untuk membentuk kata nama terbitan. <i style="mso-bidi-font-style: normal;">PeNi>- menjadi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pe-i> apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf <i style="mso-bidi-font-style: normal;">m, n, ny, ng , r, l,i> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">wi>. Contohnya:

            Masak – pemasak

Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf <i style="mso-bidi-font-style: normal;">p, t, k,i> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">si>. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mi> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">p, ni> bagi<i style="mso-bidi-font-style: normal;"> ti>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ngi> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">k,i> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">nyi> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">s.i> Contohnya:

            Perkosa – pemerkosa

            Tahan – penahan

            Karang – pengarang

            Selam – penyelam

Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)

Tatabahasa11.07.2019
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil.

Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang.  Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut.         

Lain-lain28.04.2008
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009

Kembali ke atas