Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang­-barang berharga; ~ bicara bilik tempat ber­unding; ~ bola rumah tempat bersenang­-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kamar (kata nama)
Bersinonim dengan bilik, ruang, bilit.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Pre-Trial ChamberKamar PrabicaraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPraperbicaraan/Bilik Prabicara; Id. Dewan Sidang Awal) Salah satu kamar di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kamar ini menjalankan fungsi kehakiman untuk Bahagian Prabicara. Ia meneliti dan memantau tindakan pendakwa, terutama bagi melindungi hak orang yang disyaki atau tertuduh, dan menjamin penghormatan undang-undang oleh pendakwa. Apabila pendakwa menerima maklumat tentang jenayah, Kamar Prabicara boleh melantik seorang peguam atau hakim Kamar Prabicara untuk hadir semasa keterangan diambil bagi melindungi hak pembela. Jika pendakwa sendiri ingin memulakan penyiasatan, pendakwa mesti memohon kebenaran untuk menyiasat dari Kamar Prabicara. Semasa penyiasatan dijalankan, Kamar Prabicara mesti memastikan integriti prosiding, terutama menegakkan hak pembela. Kamar Prabicara mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap dan saman. Kamar Prabicara mesti memastikan seseorang tidak ditahan bagi tempoh masa tak munasabah sebelum perbicaraan akibat kelewatan pendakwa yang tidak boleh dimaafkan.
Appeal ChamberKamar RayuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian di dalam mahkamah atau tribunal jenayah, dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan. Contohnya, dalam sistem Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Kamar Rayuan mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan mahkamah yang sama. Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa atau pihak yang disabitkan dan dijatuhi hukuman. Rayuan boleh dibuat sama ada terhadap keputusan membebaskan atau mensabitkan tertuduh atau terhadap hukuman.
chamber orchestraorkestra kamarMuzikTiada

 Orkestra saiz kecil yang melibatkan lebih kurang 25 orang pemuzik. Alat utama yang digunakan dalam orkestra kamar Zaman Barok ialah alat tali dan tiupan. Orkestra kamar pada abad ke-18 dan abad ke-19 juga merangkumi alat bras dan secara beransur-ansur menggunakan alat genderang.

cameracameraMuzikTiadaSejenis muzik kamar yang dikenali sebagai musica da camera pada Zaman Barok. Muzik jenis ini dipersembahkan dalam kamar. Musica da camera berbeza dengan musica da chiesa, iaitu muzik yang sesuai dipersembahkan di gereja. Lihat juga muzik kamar, sonata.
appellate reviewkajian semula rayuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses badan rayuan menyemak keputusan badan bicara, seperti Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyemak keputusan Kamar Bicara atau Badan Rayuan WTO menyemak keputusan panel WTO.
chamber musicmuzik kamarMuzikTiada

Muzik sekular yang wujud sejak Zaman Barok. Pada Zaman Klasik, karya muzik kamar telah berkembang dengan lebih mantap dan biasanya dipersembahkan sebagai ensembel. Contohnya, <i>duo, trio i>dan kuartet. Muzik kamar digubah sebagai karya vokal atau karya instrumental. <i>Sinonim musica da camera.i>

 

chamber operaopera kamarMuzikTiada

 Opera saiz kecil yang diiringi orkestra kecil dan biasanya dipersembahkan di kamar dan bukan di dewan. Contohnya, <i>The i><i>Turn of The Screw i>(1954) oleh Benjamin Britten.

trading roomkamar sahamEkonomiTiadaTiada
echo chamberkamar bunyiKomunikasiTiadaBilik khusus yang dibina untuk menghasilkan pantulan bunyi.
light-lock chamberkamar kunci cahayaKomunikasi MassaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas