Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamariah;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMARIAH NOOR

KAMARIAH NOOR, (1930-1992), penyanyi lagu asli. Dia dilahirkan di Singapura. Nama sebenarnya Kamariah binti Dolmat. Kamariah mendapat pendidikan di Sekolah Arab tetapi tidak menamatkan pengajiannya.

BUDAYATokoh
KAMARIAH SAADON

KAMARIAH SAADON (1920-    ), penulis cerpen dan novel. Dia lahir pada 20 Ogos 1920 di Johor Baru, Johor. Dia menggunakan nama samaran Kamariah Johor, Melati Tanjung Puteri dan Qamar. Dia mendapat pendidikan rendah di Johor Baru. Setelah menamatkan persekolahan, dia terpilih menjadi guru pelatih dalam kumpulan 24 guru perintis perempuan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka (1935) yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi untuk melatih guru.

SASTERATokoh
RAYUAN SUKMA

RAYUAN SUKMA (1932-    ), penulis. Dia lahir pada 31 Mac 1932 di Johor Bahru, Johor. Nama sebenarnya ialah Kalsom Saadon. Rayuan Sukma ialah adik Kamariah Saadon, penulis Johor pada tahun 1940-an. Selepas menamatkan pendidikan rendah di Johor Bahru, Rayuan Sukma mengikuti kursus pendidikan Latihan Guru Normal untuk menjadi guru.

SASTERATokoh
RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH

RAJA MUSA IBNI MAHMUD SYAH ( ? - ? ), kerabat Sultan Siak yang kedua. Raja Musa atau Tengku Musa adalah putera Tengku Mahmud (Raja Buang, 1723-1760). Ayahandanya, putera kepada Raja Kecil Siak dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil Riayat Syah Johor, Sultan Siak yang kedua. Raja Musa adalah cucu saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor, sementara bondanya ialah anak Raja Lelawangsa. Raja Musa adalah penyokong kuat saudaranya, Raja Ismail, yang menjadi pemerintah Siak bergelar Sultan Ismail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL

RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (?  -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DEWAN SISWADEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas