Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pe­ngecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh pe­rangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertan­ding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-­apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang spt biri-biri atau spt domba, Capra spp.. ~ gurun nama sj binatang spt kambing yg hidup di kawasan yg berbatu-batu di bukit atau di hutan, Caprocornis sumatraensis. ~ hitam ki orang yg dipersalahkan atau yg dihukum oleh sebab kesalahan atau perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
milkvi yield milk, mengeluarkan susu: the goats are ~ing well, kambing-kambing itu banyak mengeluarkan susu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoovt menghalau: he ~ed the goats out of the garden, dia menghalau kambing-kambing itu dr kebun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluster~ together, berkelompok; (of plants) tumbuh berumpun: the goats were ~ed together underneath the wooden hut, kambing-kambing berkelompok di bawah pondok kayu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
count 1keep ~, mengira, menghitung: he kept ~ of the sheep as they passed through the gate, dia mengira kambing biri-biri itu semasa kambing-kambing tersebut melalui pintu pagar; lose ~, tdk terkira lagi: I have lost ~ of the number of times I fell, saya tdk terkira lagi berapa kali saya jatuh; out for the ~, a. (boxing) tewas selepas kiraan; b. (fast asleep) tidur mati; (be completely exhausted) betul-betul letih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
browsevi 1. search idly through a shop etc, melihat-lihat, menengok-nengok: I was browsing in the shop, saya melihat-lihat di kedai itu; 2. feed on grass, meragut + approp n: goats browsing in the field, kambing-kambing yg sedang meragut rumput di padang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goatn 1. (animal) kambing; 2. old ~, (colloq & derog) lecherous old man, kambing tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kid1n 1. young goat, anak kambing; 2. leather, kulit anak kambing; 3. child, (sl) kanak-kanak, budak; 4. (US) young person, budak: the ~s at school, budak-budak di sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goatskinn 1. (hide, leather) kulit kambing; 2. bag, bottle, etc from goatskin, /beg, bekas air, dll/ kulit kambing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ibexn kambing gurun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nanny goatn kambing betina.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas