Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pe­ngecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh pe­rangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertan­ding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-­apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang spt biri-biri atau spt domba, Capra spp.. ~ gurun nama sj binatang spt kambing yg hidup di kawasan yg berbatu-batu di bukit atau di hutan, Caprocornis sumatraensis. ~ hitam ki orang yg dipersalahkan atau yg dihukum oleh sebab kesalahan atau perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

PantunSumberTema
Kambing saya kambing Cik Baham, Dia makan bawah rumah; Budak ini sangat pemaham, Mana sirih tak boleh dikunyah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Andainya kambing tidak berjanggut, Tentulah lain nama diberikan; Andai keningnya tidak pernah sujud, Tentulah lenjin di hari kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wirit-wirit kambing di laman, Telur seribu di dalam pekan; Dengar adik abang berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mbek-mbek kambing di hutan, Patah tanduk kambing jantan; Abang pergi saya berpesan, Buah mabuk jangan dimakan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak tenuk menyepak kambing, Anak musang memberi nasihat; Awaklah bongkok tegak bersanding, Banyaklah orang memberi tongkat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak lembu duduk menangis, Ditentang kambing sampai ke lumpur; Awak bisu duduk di majlis, Orang berunding awak berdengkur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana ungka tidakkan sedih, Kijang dan kambing menuntut balas; Bagaimana muka tidakkan putih, Sedang bersanding kentut terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas