Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pe­ngecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh pe­rangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertan­ding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-­apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang spt biri-biri atau spt domba, Capra spp.. ~ gurun nama sj binatang spt kambing yg hidup di kawasan yg berbatu-batu di bukit atau di hutan, Caprocornis sumatraensis. ~ hitam ki orang yg dipersalahkan atau yg dihukum oleh sebab kesalahan atau perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
runeh[Äu.nEh]kata kerjabinasa.Anak padi yang baru disomai abih diruneh dek kambing.[A.nA/ pA.di jAN bA.Äu di.s.mAj A.bih di.Äu.nEh de/ kAm.biN]Anak padi yang baru disemai, habis dibinasakan oleh kambing.
pengado[p«.NA.d]kata namakayu bersegi tiga yang dipasang pada leher binatang.Kambeng jantan yang jahat tu dilokean pengado, baru tak boleh masuk paga lai.[kAm.beN dZAn.tAn jAN dZjA.hAt tu di.l.kE/.An p«.NA.d bA.ÄutA/ bu.lEh mA.s/ pA.gA lAi:]Kambing jantan yang jahat itu diletakkan pengado, tidak boleh masuk pagar lagi.
dicaeng[di.tSAeN]kata kerjamelapah, memotong, menghiris (khusus untuk lembu, kerbau dan kambing).Dageng bantaian tadi, bolum sekopeng pon dicaeng.[dA.geN bAn.tA.An tA.di bo.lum s.k.peN pon di.tSAeN]Daging bantai tadi, belum sekeping pun dipotong.
tenok[tE.n/]kata kerjamenanduk iaitu merujuk kepada kerbau, lembu dan kambing; tebong.Jangan dokek lombu botino yang boranak kocek, kang ditenoke.[dZA.NAn d.kE/ lm.bu b.ti.n jAN b.ÄA.nA/ k.tSe/ kAN di.tE.n/.E]Jangan dekati lembu betina yang beranak kecil nanti ditanduknya.
tebong[tE.bN]kata kerjamenanduk iaitu merujuk kepada kerbau, lembu dan kambing; tenok.Jangan dokek lombu botino yang boranak kocek, kang ditebonge.[dZA.NAn d.kE/ lm.bu b.ti.n jAN b.ÄA.nA/ k.tSe/ kAN di.tE.bN.E]Jangan dekati lembu betina yang beranak kecil nanti ditanduknya.

Kembali ke atas