Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pe­ngecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh pe­rangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertan­ding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-­apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang spt biri-biri atau spt domba, Capra spp.. ~ gurun nama sj binatang spt kambing yg hidup di kawasan yg berbatu-batu di bukit atau di hutan, Caprocornis sumatraensis. ~ hitam ki orang yg dipersalahkan atau yg dihukum oleh sebab kesalahan atau perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
penyahwarnaan. (BIO) animal ecology (ekologi haiwan) Kajian tentang hubungan antara haiwan dengan sekitarannya. (BIO) animal manure (baja kandang) Baja organik yang berasal daripada haiwan ternakan seperti baja tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam. Najis tersebut biasanya dicampurkan dengan pa- sir dan kapur serta direputkan sehingga menjadi baja. (BIO) anisandrus (anisandrus) Kumbang Ambrosia kecil yang mengorek lubang ke dalam kayu dan BIO) rimulous (rimulus) Lihat rimose. (BIO) rin- (rin-) Bentuk imbuhan asing yang menunjukkan perkaitan dengan hidung atau struk- tur seperti hidung. Sinonim rhino-. (UBAT) rinderpest (rinderpes) Penyakit akut pada lembu, kambing dan kerbau yang disebabkan oleh virus. Gejalanya seperti demam, ulser pada membran mukosa dan gastrousus serta diiringi cirit-birit dan rembesan air hidung, mata dan mulut. (BIO) ring spot (bintik

Kembali ke atas