Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pe­ngecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh pe­rangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertan­ding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-­apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : ; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bing] | کمبيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang spt biri-biri atau spt domba, Capra spp.. ~ gurun nama sj binatang spt kambing yg hidup di kawasan yg berbatu-batu di bukit atau di hutan, Caprocornis sumatraensis. ~ hitam ki orang yg dipersalahkan atau yg dihukum oleh sebab kesalahan atau perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambing

Puisi
 

Mbek-mbek kambing di hutan,
     Patah tanduk kambing jantan;
Abang pergi saya berpesan,
     Buah mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kambing di parak panjang janggutnya,
     hati enggan banyak jawabnya.

Bermaksud :

Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
muttondaging kambingPentadbiran PerniagaanTiadaDaging kambing: Isi kambing di antara kulit dengan tulang.
buckkambing jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kambing. Umur kambing jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 14 bulan.
vibriosisvibriosisBiologiMikrobiologiJangkitan yang disebabkan oleh Vibrio fetus pada lembu, kambing dan kambing bebiri. Akibat jangkitan ini, boleh menyebabkan keguguran anak, dan uri tertinggal di dalam rahim semasa beranak.
kambing kacangkambing kacangKerisTiadaBahagian sor-soran yang terletak di tengah pangkal mata keris yang berhampiran dengan ganja. Sin: awak, kembang kacang.
contagious pastular dermatitisdermatitis pastula menularBiologiMikrobiologiPenyakit kulit yang menular, yang disebabkan oleh virus pada kambing, dan kambing bebiri. Gejala penyakit ini ialah bisul kecil dan vesikel pada kulit, dan membran mukosa, terutamanya di bahagian bibir, hidung dan kaki.
fresh milksusu segarMakanan dan PemakananMakananSusu bersih yang diperoleh daripada rembesan kelenjar mamari lembu, kerbau, kambing atau kambing biri-biri yang sihat dan diberikan makan dengan baik. Susu segar tidak termasuk rembesan yang diperoleh dalam tempoh empat hari selepas anak lembu dilahirkan. Sinonim susu mentah.
arbascioarbascioKesenianTiadaKain sakhlat yang teguh, biasanya diperbuat daripada bulu kambing biri-biri atau kambing di negara Albania atau Macedonia.
chamois leatherkulit chamoisPentadbiran PerniagaanTiadaKulit lembut daripada kulit chamois atau kulit kambing biri-biri, kambing, rusa dan sebagainya.
kidanak kambingPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKambing yang baru dilahirkan sehingga mencapai umur enam bulan.
Shepherd's piepai ShepherdPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang terkenal sekitar abad ke-18 dalam kalangan pengembala kambing khususnya di Barat. Menggunakan daging kambing kisar bersama kentang lenyek sebagai bahan utama. Diberikan nama Shepherd's Pie bersempena penggunaan daging kambing biri-biri yang diambil daripada perkataan gembala.
12345678910...

Kembali ke atas