Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.bium] | کمبيوم

Definisi : (Bio) lapisan sel yg menghasilkan sel-sel baru (terletak di antara xilem dan floem sekunder) pada tumbuhan yg mempunyai xilem dan floem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.bium] | کمبيوم

Definisi : ist lapisan sel dlm batang atau dlm akar tumbuh-tumbuhan yg menghasilkan tisu penyalur makanan dan tisu pengukuh batang atau akar, iaitu floem dan zilem. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kambium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cambiumkambiumBiologiHistologi dan SitologiTisu meristem lateral pada tumbuh-tumbuhan vaskular yang mewujudkan tisu sekunder dan tebalan sekunder hasil daripada pembelahan periklin. Terdapat dua jenis kambium, iaitu kambium vaskular dan kambium gabus (felogen).
interfascicular cambiumkambium interfasikelBotaniTiadaJaluran kambium yang tumbuh di antara berkas vaskular sisi yang kemudiannya bercantum dengan jalur kambium fasikel untuk membentuk silinder kambium yang lengkap. Dalam sesetengah tumbuhan, jalur-jalur kambium di antara berkas vaskular ini tidak membentuk xilem dan floem dalam aktivitinya, tetapi hanya menerbitkan tisu parenkima sahaja. Lihat juga kambium fasikel.
cambial zonezon kambiumPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLapisan kambium yang berbeza-beza kelebarannya dan terdiri daripada pemula kambium dan sel turunan kambium yang tidak berbezakan.
bark damagekerosakan kulitPertanianAgronomi

Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali.

cambiumkambiumBotaniTiadaMeristem sisi yang terdapat pada tumbuhan vaskular dan menghasilkan tisu-tisu sekunder melalui pembahagian periklinal sel-sel pemula, iaitu sel meristem yang membeza dan membentuk unsur khusus. Terdapat dua jenis kambium, iaitu kambium vaskular dan felogen.
storied cambiumkambium bertingkatPerhutananTiadaKambium yang terdiri daripada siri lapisan kambium pemula yang mendatar.
phellogenfelogenBotaniTiadaKambium sisi yang terletak di sebelah luar kambium vaskular pada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium ini bermula daripada sel-sel hidup yang matang sama ada daripada tisu epidermis atau bahagian korteks yang berubah menjadi meristem. Sel-sel felogen biasanya berbentuk poligon dan hampir-hampir berbentuk isodiametrik. Felogen juga menghasil- kan felem ke arah luar dan feloderma ke arah dalam dalam pada paksi batang atau akar tumbuhan. Sinonim kambium gabus.
fascicular cambiumkambium fasikelBotaniTiadaJaluran kambium yang tumbuh di antara tisu xilem dengan floem dalam berkas-berkas vaskular kolateral. Sinonim kambium intrafasikel.
intrafascicular cambiumkambium intrafasikelBotaniTiadaLihat kambium fasikel.
vaskular cambiumkambium vaskularBiologiHistologi dan SitologiKambium yang banyak mengandungi vesel untuk menyalurkan cecair.
1234567

Kembali ke atas