Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.for] | کمفور

Definisi : (Kim) sebatian yg berbentuk hablur putih, terdapat semula jadi dlm pohon kapur barus Cinnamomum camphora, dan diguna­kan utk membuat ubat-ubatan, racun serang­ga, bahan letupan, dll, kapur barus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.for] | کمفور

Definisi : ist sebatian yg berbentuk hablur berwarna putih, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan, racun serangga, bahan letupan, dll; kapur barus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamfor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya?Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.  Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol  atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah08.06.2016

Kembali ke atas