Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.for] | کمفور

Definisi : (Kim) sebatian yg berbentuk hablur putih, terdapat semula jadi dlm pohon kapur barus Cinnamomum camphora, dan diguna­kan utk membuat ubat-ubatan, racun serang­ga, bahan letupan, dll, kapur barus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.for] | کمفور

Definisi : ist sebatian yg berbentuk hablur berwarna putih, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan, racun serangga, bahan letupan, dll; kapur barus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamfor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.
camphor oilminyak kamforKimiaForensikLarutan kamfor dalam minyak, misalnya minyak eukaliptus, turpentin dan arakis, yang digunakan secara luaran sebagai bahan bantu pernafasan dan perangsang.
camphor spiritspirit kamforFarmasiTiadaLarutan 10% kamfor dalam alkohol yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit.
camphorkamforKimiaTiadaSebatian keton, formula C10H16O, takat lebur 178oC, takat didih 204oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, memejalwap pada suhu bilik, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol, kloroform, eter dan karbon disulfida. Kamfor terdapat semula jadi di dalam pohon kapur barus, Cinnamomum camphora, dan digunakan untuk membuat ubat-ubatan, racun serangga, dan bahan letupan. Nama umumnya ialah kapur barus.
camphorkamforKimiaBiokimiaSebatian keton yang larut sedikit di dalam air, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, karbon disulfida dan nafta pelarut, dan memejalwap dengan perlahan-lahan pada suhu bilik. Sebatian yang terdapat di dalam kayu pokok kapur barus ini, digunakan sebagai pelindung kulat, serbuk ubat gigi dan dalam bidang perubatan.
melted camphorkamfor leburKimiaTiadaTiada
camphorkapur barusKimiaTiadaLihat kamfor.
mentholmentolKimiaTiadaAlkohol daripada kumpulan kamfor, formula C10H19OH, takat lebur 42°C, takat didih 212°C, berbentuk hablur putih, mempunyai bau cirian, berangin dan terdapat dalam minyak pati seperti pepermin. Mentol digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa.
durenedurenaKimiaTiadaHablur tak berwarna dengan bau kamfor, takat didih 190oC, larut dalam pelarut organik, tidak larut di dalam air.
dimethyl ethylcarbinoldimetil etilkarbinolKimiaTiadaCecair tak berwarna, berbau kamfor, larut sedikit di dalam air, larut campur dengan alkohol dan eter dan digunakan sebagai pelarut sintesis organik dan perubatan.
123

Kembali ke atas