Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mi] | کامي

Definisi : 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mi] | کامي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama dlm bentuk jamak: Selepas itu, ~ pun pulanglah ke rumah. 2 saya; aku: Tidaklah ~ panjangkan cerita tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(184)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh saya bertanya ke tuan. Adakah EKOR PIPI TERMASUK DALAM SIMPULAN BAHASA. Perkara ini telah menimbulkan perdebatan di antara kami. kami memohon penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, simpulan bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Contohnya kaki ayam yang bermaksud kaki yang tidak berkasut. Manakala ekor pipi pula bermaksud bahagian pipi di sebelah bawah.

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, ekor pipi bukan simpulan bahasa kerana tidak mempunyai makna yang berlainan atau tersirat.

Tatabahasa15.07.2021
Assalamualaikum Tuan / Puan, saya ingin membuat pertanyaan mengenai "tagline" kempen pengiklanan kami sedang cadangkan ke pihak pelanggan kami Coway. Kami ingin membuat pertanyaan sama ada 3 pilihan "tagline" di bawah bahasanya betul dan boleh diguna untuk pengiklanan. • Option 1: Lembaran Baru Lebaran • Option 2: Biasakan Yang Betul • Option 3: Hari Raya Biar Betul Maklumbalas dari pihak Tuan/ Puan dalam masa terdekat amat dihargai. Terima Kasih

Berikut cadangan daripada pihak kami:

  1.  Lembaran Baru Lebaran.
  2. Biasakan yang Betu.l (perkataan “yang” dieja dengan huruf kecil)
  3. Hari Raya, Pasti Jadi.

Lain-lain13.02.2023
NO. PERMOHONAN IKLAN Pejabat kami di Petaling Jaya, Selangor dengan itu PBT kami ialah MBPJ. Tetapi kami telah tersalah pilih iaitu MBSA. Nasihat dan kerjasama dari pihak tuan sangatlah dihargai untuk membetulkan PBT kami. Terima kasih Regina Joseph 014-3229946Pihak Berkuasa Tempatan telah ditukarkan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan iklan telah diluluskan.Lain-lain20.07.2022
assalamualaikum..saya mempunyai 13 orang adik beradik..kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua..jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai..? (contoh: along, angah,..) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 13 gelaran..tdalam keluarga kami kakak saya mempunyai kembar,cth bg zam bg rie ( kak miza,kak watie )kembar kak bibah kak cik kak yang bg awie kak zura saya adik un adik nadia adik wan..terima kasihKebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti yang berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu).

Untuk gelaran adik-beradik yang seterusnya, pihak keluarga boleh menamakan sendiri dengan gelaran yang bersesuaian.
Lain-lain27.01.2024
Kami telah memohon untuk mendapatkan kelulusan iklan papan tanda pada 24 hb April dan mendapati permohonan kami telah ditolah pada hari ini. Kami ingin bertanya sebab sebab permohonan kami ditolak oleh pihak Tuan dan apakah yang perlu kami buat untuk mendapatkan kelulusan DBP untuk iklanUntuk mendapatkan penjelasan tentang visual iklan,sila rujuk nombor permohonan visual melalui laman web dbpsahbahasa.my (rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa) dan hubungi kami melalui talian 03-2147 9100/9200 untuk maklumat lanjut. Lain-lain03.05.2023
Salam sejahtera, tuan. Sekolah kami ingin melukis mural. Tetapi kami tidak pasti sama ada nak tulis " Kami Anak Malaysia" atau "Kita Anak Malaysia". Boleh minta pendapat daripada pihak tuan? Terima kasih.

Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Kami mencadangkan "Kita Anak Malaysia".

Lain-lain14.09.2022
Saya ingin mendapatkan pengesahan jika kami boleh mengunakan nama rasmi product kami iaitu "Quick Bites Salted Caramel & Quick Bites Black Forest" di dalam skript Bahasa Melayu untul iklan radio kami ataupun nama product kami perlu di terjemahkan kepada Bahasa Melayu?Nama produk perlulah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul kecuali nama yang telah didaftarkan.Lain-lain14.06.2021
Bagi istilah “offensive odour and taste” dalam teks yang yang telah kami semak, kami telah memadankannya dengan “bau yang busuk dan rasa yang tidak sedap”. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan “objectionable taste and odour” dalam ayat teks yang sama seperti di bawah ini. Apakah padanan yang sesuai bagi “objectionable taste and odour” ini? Standard for wholesome water or steam 394. (1) Water shall be clean and free from contamination, objectionable taste and odour, and shall comply with the standard as prescribed in the Twenty-fifth A Schedule. Standard bagi air yang selamat diminum atau stim 394. (1) Air hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhi standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.Cadangan padanan yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks yang diberikan ialah rasa dan bau yang tidak menyenangkan.Makna27.07.2021
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Assalamualaikum tuan, sekolah kami ada penulis dikalangan guru yang telah menulis manuskrip berkisar novel remaja sekolah agama. Adakah kami berpeluang menerbitkan novel kami di bawah DBP?Salam sejahtera,

PENERBITAN NOVEL DBP

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
  • Novel minimum 200 halaman (dewasa)
  • Sediakan sinopsis novel
  • Sediakan surat penyerahan manuskrip.
  • Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain25.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas