Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mi] | کامي

Definisi : 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mi] | کامي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama dlm bentuk jamak: Selepas itu, ~ pun pulanglah ke rumah. 2 saya; aku: Tidaklah ~ panjangkan cerita tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kami (kata nama)
1. Bersinonim dengan kita: kami sekelian, kema, kita orang,

2. Bersinonim dengan saya: aku
Berantonim dengan kamu.


Puisi
 

Jangan disumpit pelanduk kami,
     Pelanduk kami sudah berpagar;
Jangan diikat si pantun kami,
     Pantun kami baru belajar.


Lihat selanjutnya...(184)
Peribahasa

Api padam puntung hanyut,
     kami tidak di situ lagi.

Bermaksud :

Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Sehubungan dengan itu, pada peringkat pentadbirannya ucapan setinggi-tinggi terima kasih diberikan kepada Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan penyusunan kamus ini. Pada peringkat ikhtisas dan amalinya pula, kami sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada pakar bidang yang sanggup menabur bakti, berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami

Kembali ke atas