Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok nebeng[to/ nE.bEN] gelaran bagi orang yang dipilih menjadi ketua sesebuah kampung, ketua kampung.Kalu nok buwak apo-apo mejeleh pong, gi royak ko tok nebeng dulu.[kA.lu n/ bu.wA/ A.p.A.p m«.dZ«.leh poN gi č.jA/ k to/ nE.bEN du.lu]Kalau nak buat apa-apa majlis pun, beritahulah pada ketua kampung dulu.
piye[pi.jE]kata namamusim.Lo ni piye dreye kapong.[l: ni pi.jE dÄ«.jE k:A.poN]Sekarang ni musim durian di kampung.
sokmo[s/.m]kata tugassepanjang masa, selalu, sentiasa.Mung gak, balek kapo sokmo.[muN gA/ bA.le/ k:A.po s/.m]Kamu ni selalu balik kampung.
mucuk[m:u.tSu/]kata kerjameluncur.Wa bule tu naek mucuk tinggi lepah kapong.[wA bu.lE tu nAe/ m:u.tSu/ tiN.gi l«.pAh kA.poN]Wau bulan tu naik meluncur tinggi merentasi kampung.
jawi[dZ:A.wi]kata kerjabersunat, berkhatan.Loni, ore kapong ata anok jawi sepita doh.[l:.ni .ÄE kA.poN A.tA A.n/ dZ:A.wi s«.pi.tA dh]Sekarang ni, orang kampung menghantar anak berkhatan di hospital.
suk[su/]kata kerjahujung, akhir.Diyo gi sapa suk kapong, tok jupo jugok kambeng diyo.[di.j gi sA.pA su/ kA.poN t/ dZ:u.p dZu.g/ kAm.beN di.j]Dia pergi sehingga ke hujung kampung, tak jumpa juga kambingnya.
barok[bA.č/]kata adjektifberkenaan perangai dalam keadaan keterlaluan seperti jahat, nakal dan lain-lain.Budok tu barok bena kapong diyo.[bu.d/ tu bA.č/ b«.nA k:A.poN di.j]Budak tu jahat sungguh di kampung dia.
gedebe[g«.dE.bE]kata adjektifberkenaan perangai seseorang seseorang yang jahat seperti samseng; bereng.Mung jange dok gedebe sangak gak, nyo behe ko ore kapong.[muN dZA.NE do/ g«.dE.bE sA.NA/ gA/ ø bE.hE k .ÄE kA.poN]Kamu jangan jahat sangat, nanti dipukul orang kampung.

Kembali ke atas