Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanam padi di hulu kampung, Kampung ada di tepi pantai; Cari senapang letak di kampung, Jangan buah dimakan tupai.
Kurik Kundi Merah SagaMakan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKampung Seniawan bermuka batu, Tempat Kak Bedah mandi di perigi; Hati kami terlalu rindu, Rasa nak ikut awak pergi.
Kurik Kundi Merah SagaKampung Kayang dulunya kota, Tempat singgah anak juragan; Di kiri sayang di kanan cinta, Abang di tengah mati meragan.
Kurik Kundi Merah SagaKampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling.
Kurik Kundi Merah SagaDari Wat ke Kampung Petai, Singgah semalam di Kampung Abi; Perkara yang buat jangan disesal, Ikutlah untung apa nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mengail di Kampung Tinggi, Sebarang ikan kena kailku; Saya bermain di kampung ini, Selamat tinggal bekas mainanku.
Kurik Kundi Merah SagaUlang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam.
Kurik Kundi Merah SagaCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain.
12345678910...

Kembali ke atas