Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mu] | کامو

Definisi : 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasa­nya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mu] | کامو

Definisi : 1 kata ganti nama diri kedua; anda. 2 anda sekalian; engkau semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kamu (kata nama)
Bersinonim dengan engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuan, tuanku, puan, cik, cik puan, anda, hang, kome, mu, mika, anta, ante, tuan hamba;,

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Bermaksud :

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Semua tentang kamu: tulis jurnal kamu sendiriInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2011978-983-068-796-4
Kamu Besar bahasa Indonesia. Edisi keempatGramedia Pustaka UtamaTiada2008978-979-2238-41-9
Kutunggu kamu di Ciscadane: antologi puisi esai Tiada2012978-602-9137-27-9
Tulang kamu Tiada2012978-967-0362-00-7
Kulit kamu Tiada2012978-967-0362-02-1
Bagaimana kamu menjadi seorang muslim Tiada[t.thn.] 
Pancaindera kamu Tiada2012978-967-0362-01-4
Gigi kamu Tiada2012978-983-3566-99-0
Sudahkah kamu bertemu Mariam? [taipskrip]Dewan Bahasa dan PustakaTiada1985 
Sudahkah kamu bertemu Mariam?Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1986 
1234

Kembali ke atas