Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mu] | کامو

Definisi : 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasa­nya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mu] | کامو

Definisi : 1 kata ganti nama diri kedua; anda. 2 anda sekalian; engkau semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kamu (kata nama)
Bersinonim dengan engkau, awak, saudara, saudari, encik, tuan, tuanku, puan, cik, cik puan, anda, hang, kome, mu, mika, anta, ante, tuan hamba;,

Puisi
 

Kait-kait daun sepulih,
     Daun sembingai nanang-nanangan;
Baik-baik kamu yang mulih,
     Kamu yang tinggal kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga.

Bermaksud :

Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa. guri = sebangsa buyung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sekalian1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sekalian1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil;Kamus Dewan Edisi Keempat
kamu sekaliankamu semua; awak semua; kalian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kamu sekaliankamu (awak) semuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
memprovokasimembangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memprovokasi1. membangkitkan kema­rahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbul­kan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran.Kamus Dewan Edisi Keempat
merasionalkanmenganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengherdikmengucapkan kata-kata yg kasar dan keras; menengking: Tak usahlah kamu ~ adik-adik kamu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengulang kaji1. mengulangi kajian, meng-ka­­­­­­ji semula, mempelajari kembali: kamu hen­­­daklah ~ pelajaran kamu dgn memakai buku-buku panduan yg lain; 2. ki meneliti kem-bali, memeriksai kembali: kedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri; ~ dasar luar negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyemak1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas