Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat; 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.cil] | کنچيل

Definisi : 1 nama sj binatang seakan-akan pelanduk tetapi lebih kecil, Tragulus pygmoeus. 2 ki orang yg cerdik atau pintar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kancil

Peribahasa

Gajah berak besar,
     kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar,
akhirnya mati kebebangan.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh: Hikayat sang kancil. Adakah Sang Kancil adalah kata nama khas atau tidak? Terima Kasih.Sang Kancil merupakan kata nama khas.Jadi, Sang Kancil harus ditulis dengan huruf besar (Hikayat Sang Kancil).Tatabahasa27.04.2011
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
kenapa perkataan kancil (binatang) adalah nama KHAS sedangkan binatang lain digolongkan kata nama AM? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dalam bab 6 muka surat (97)Untuk makluman saudara, berlaku kesilapan pada contoh nama kancil yang diberikan. Editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga telah maklum dan akan mengambil tindakan pembetulan dalam perkara ini. Terima kasih atas kepekaan saudara. Tatabahasa09.01.2009
Assalamualaikum. Kenapa "sangkakala" tidak ditulis sebagai "sang kakala", iaitu sepertimana kita tulis "sang kancil"? Terima kasih.Sangkakala merupakan satu perkataan , iaitu sejenis serunai daripada kulit kerang.  

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban.
Tatabahasa02.10.2013
Salam 1Malaysia, 1. Kata 'mengaji' merujuk kepada Kata Tunggal atau Kata Nama Terbitan? 2. Mengapakah masyarakat suka menulis frasa Majlis Perasmian Penutupan pada kain rentang atau gegantung? Yang tepat, Majlis Penutupan atau Majlis Perasmian Penutupan? 3. Ayat 'Milik siapa kereta Kancil itu?' ATAU 'Milik siapakah kereta Kancil itu?' ATAU 'Siapakah pemilik kereta Kancil itu?' Yang manakah ayat yang betul binaan ayatnya? 4. Dalam ayat 'Mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan perkara itu." kata untuk merujuk kepada golongan kata apa? 5. Untuk menangani hal itu, mereka memerlukan kerjasama pihak polis. Kata 'untuk' di hadapan ayat merujuk kepada golongan kata apa? 6. Bunga ros itu adalah untuk Ibu Nia. Kata 'untuk' dalam ayat ini merujuk kepada golongan kata apa? Terima kasih.1. Mengaji ialah kata terbitan daripada kata dasar kaji yang menerima awalan meN. 
2. Frasa yang betul ialah Majlis Penutupan sama seperti Majlis Perasmian.
3. Ketiga-tiga ayat tanya tersebut abetul.
4. "Untuk" dalam ayat kelima dan keenam berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan.
6. "Untuk" dalam ayat keenam berfungsi sebagai kata sendi nama.
Tatabahasa18.07.2012
1.seekor Sang Kancil Betulkah penggunaan penjodoh bilangan 'seekor' dalam frasa di atas?Penggunaan perkataan seekor adalah betul dalam ayat.Tatabahasa11.07.2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, NURUL FAREHAH JAAMAD 900521045508 Judul Manuskrip : Novel : 1.DUNIA AZIM. Buku Cerita Kanak-kanak : 2.PERSAHABATAN ANTARA SANG GAJAH, SANG KANCIL DAN SANG SEMUT. 3.KURA-KURA YANG RAJIN. 4.MARI DNEGAR CERITA KAKAK NURUL. Saya yang bernama di atas ingin bertanya, adakah pihak DBP menerima manuskrip saya? Saya inginkan jawapan yang jelas daripada pihak DBP. Bulan kelmarin pihak DBP ada menelefon saya menyatakan bahawa manuskrip saya akan di nilai dan diberi jawapan pada minggu hadapan. Tetapi tiada sebarang jawapan. Juga akan menghantar surat penerimaan manuskrip kepada saya tetapi tiada. Saya cuma ingin tahu sama ada manuskrip saya di terima atau tidak. Sekiranya tidak, saya mahu cuba memperbaiki manuskrip itu. Bolehkah pihak DBP memberikan saya jawapan yang pasti kepada saya? Boleh hubungi saya di 017-6665803 atau 06-2680260Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya telah menghubungi Puan Azihani di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja. Beliau memaklumkan bahawa manuskrip bertajuk Dunia Azim dan Persahabatan Antara Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut tidak sesuai untuk diterbitkan dan telah dipulangkan kepada saudari melalui pos. Sementara dua buah manuskrip lagi malangnya tidak ditemui semasa proses perpindahan ke tingkat 19. Namun, pihak beliau masih berusaha untuk mencarinya. Kami memohon jutaan kemaafan atas kejadian ini dan mencadangkan supaya saudari menghantarkan salinan manusikrip tersebut sekali lagi. Mohon maaf sekali lagi.Lain-lain28.09.2010
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4UsUntuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Penyelidikan27.07.2023
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku'Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata.Tatabahasa17.03.2007
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai kata ganti nama bagi haiwan. Saya ingin menulis cerita kanak-kanak. Bagi merujuk haiwan tersebut yang manakah lebih tepat penggunaanya ia atau dia. contoh ayat Sang kancil tinggal di dalam hutan. Ia sangat bijak dan cerdik. Yanglebih tepat ia atau dia. Mohon beri jawapan untuk soalan ini. Terima kasih.Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang.Tatabahasa31.10.2012
1234

Kembali ke atas