Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.da] | کندا

Definisi : singkatan bagi kakanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanak-kanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.da] | کندا

Definisi : kakanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanda

Puisi
 

Kalau putih kata putih,
     Kanda sudah jatuh tiarap;
Kalau boleh kata boleh,
     Mudah saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017
Salam DBP, Apkah perbezaan antara KAKANDA dengan KEKANDA? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kakanda atau singkatannya kanda, iaitu panggilan yang lazimnya digunakan dalam bahasa istana atau juga digunakan kini sebagai bahasa panggilan dalam surat-menyurat.Tatabahasa17.10.2011
Apakah KGND pertama dan kedua yang digunakan oleh Putera Negeri A apabila bercakap dengan Puteri Negeri B, dan sebaliknya? Adakah mereka menggunakan 'beta' sesama mereka?Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.Tatabahasa30.11.2014
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016

Kembali ke atas