Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.da] | کندا

Definisi : singkatan bagi kakanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanak-kanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.da] | کندا

Definisi : kakanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanda

Puisi
 

Kalau putih kata putih,
     Kanda sudah jatuh tiarap;
Kalau boleh kata boleh,
     Mudah saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petang-petang pergi menebas, Singgah berehat di pohon jati; Kanda kupandang sekali imbas, Inilah buat penghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanam padi sesuku tanah, Supaya beranak bini; Dalam hati aku bersumpah, Kanda seorang pujaan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas