Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.da] | کندا

Definisi : singkatan bagi kakanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanak-kanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.da] | کندا

Definisi : kakanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanda

Puisi
 

Kalau putih kata putih,
     Kanda sudah jatuh tiarap;
Kalau boleh kata boleh,
     Mudah saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.
Kurik Kundi Merah SagaKalau putih kata putih, Kanda sudah jatuh tiarap; Kalau boleh kata boleh, Mudah saya terharap-harap.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi menebas, Singgah berehat di pohon jati; Kanda kupandang sekali imbas, Inilah buat penghibur hati.
Kurik Kundi Merah SagaTali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati.
Kurik Kundi Merah SagaDari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu.
Kurik Kundi Merah SagaPadi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.
Kurik Kundi Merah SagaTiung banyak di pokok ara, Berpasang dengan si burung merbah; Jangan rindu sepeninggalan kanda, Kasih hati tidakkan berubah.
Kurik Kundi Merah SagaBunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti.
12

Kembali ke atas