Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb mem­beri kesempatan kpd orang yg membahaya­kan tetapi tidak melindungi orang yg kesusah­an; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kan­dang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1 bangsal atau kawasan berpagar tempat binatang (terutama pd waktu malam): ~ kambing; ~ lembu. 2 ruang yg dikelilingi pagar, garis dll; lingkaran (di keliling bulan, matahari); gelanggang. ~ bulan lingkaran di keliling bulan. ~ orang salah ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. mengandangkan memasukkan (kambing dll) ke dlm kandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandang (kata nama)
Bersinonim dengan reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sangluat, kerangkengan; sel, lokap, penjara;,
Kata Terbitan : mengandang,

Puisi
 

Anak rusa satu kandang,
     Bunyinya sampai mendayu-dayu;
Khabar nakhoda ada dikenang,
     Habis membeli sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau kandang,
     emas berpura.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Ali mencuci kandang supaya bersih/sehingga bersih. Terima kasih.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan iaitu Pak Ali mencuci kandang supaya bersih dan Pak Ali mencuci kandang
sehingga bersih. 
Tatabahasa10.09.2021
adakah peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung sama dengan maksud dengan masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak? apakah maksud kedua-dua peribahasa tersebut ?Peribahasa 'Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' bermaksud ikut peraturan tempat di mana kita berada; 'Masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang kerbau menguak' bermaksud menyesuaikan diri dengan masyarakat keliling. Makna09.07.2008
Salam. 1. Tempat tinggal untuk ayam digelar reban, Tempat tinggal untuk arnab digelar sebagai reban atau kandang? ATAU kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan. Terima kasih.Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan.Tatabahasa19.05.2015
Apakah perbezaan antara reban dan kandang? Adakah reban merujuk kepada rumah kecil sahaja atau termasuk di kawasan sekelilingnya? Gambar berikut adalah lebih sesuai merujuk kepada mana? Angsa-angsa dikurung di dalam reban/di luar reban/di dalam kandang? Sekian, terima kasih.Reban dan kandang ialah tempat untuk mengurung haiwan ternakan.  Biasanya perkataan reban merujuk tempat mengurung ternakan seperti ayam, itik, angsa dan sebagainya. Manakala kandang  merujuk tempat mengurunglebih haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Berdasarkan gambar tersebut, ayat yang betul “Angsa-angsa dikurung di dalam reban.”Tatabahasa28.10.2021
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
Tempat tinggal itik dinamakan kandang/reban? Terima kasih.Perkataan reban lebih sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana, reban bermaksud tempat untuk mengurung ayam, itik, kambing dan sebagainya.Makna08.09.2021
Salam sejahtera, Boleh saya tahu apa istilah dalam bahasa Inggeris untuk "kandang rusa"?Kami mencadangkan padanan  "deer fold" atau "deer pen"Lain-lain18.10.2021
1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan LembuIstilah25.10.2011
betulkah tatabahasa dan struktur ayat-ayat ini; 1) Bangunan itu masih kelihatan kukuh walaupun sudah usang. 2) Kerusi yang hampir patah itu tidak akan saya baiki. 3) kawanan lembu itu pulang ke kandang balik. 4) Ayam Mak Tijah yang satu ini bulu balik.

Ayat (1) dan (2) betul. Ayat (3) dan (4) yang telah dibetulkan tatabahasanya adalah seperti yang berikut:

(3)Kawanan lembu itu pulang semula ke kandang.

(4)Ayam Mak Tijah yang seekor ini berbulu balik.
Tatabahasa17.03.2014
1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN.Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan.Tatabahasa25.07.2012
12

Kembali ke atas