Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb mem­beri kesempatan kpd orang yg membahaya­kan tetapi tidak melindungi orang yg kesusah­an; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kan­dang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dang] | کاندڠ

Definisi : 1 bangsal atau kawasan berpagar tempat binatang (terutama pd waktu malam): ~ kambing; ~ lembu. 2 ruang yg dikelilingi pagar, garis dll; lingkaran (di keliling bulan, matahari); gelanggang. ~ bulan lingkaran di keliling bulan. ~ orang salah ruang berpagar dlm mahkamah tempat orang yg dituduh. mengandangkan memasukkan (kambing dll) ke dlm kandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandang (kata nama)
Bersinonim dengan reban, sangkar, serkap, kurungan, sendong, celung, sangluat, kerangkengan; sel, lokap, penjara;,
Kata Terbitan : mengandang,

Puisi
 

Anak rusa satu kandang,
     Bunyinya sampai mendayu-dayu;
Khabar nakhoda ada dikenang,
     Habis membeli sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau kandang,
     emas berpura.

Bermaksud :

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
animal corralkandang haiwanGeografiTiadaTempat di mana binatang seperti kuda, lembu dikepung dalam sebuah kandang.
barnyard manurebaja kandangPertanianAgronomi

Bahan organik yang terdiri daripada najis ternakan kambing atau lembu bercampur dengan sisa rumput yang dikutip dari kandang ternakan berkenaan. Bahan ini menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk membekalkan nutrien dan memperbaiki sifat tanah untuk pelbagai jenis tanaman.

quantum corralkandang kuantumFizikNanoteknologiCincin bersaiz nanometer yang terdiri daripada susunan atom yang teratur di atas substrat. Atom tersebut disusun menggunakan mikroskop penerowongan atom (STM). Saiz dan bentuk kandang ini menentukan keadaan kuantum, termasuk tenaga dan taburan elektron. Contohnya, cincin atom kobalt atau besi atas permukaan kuprum.
stall feedingmakanan berkandangVeterinarTiadaSistem pemeliharaan ternakan di dalam kandang secara sepenuh masa. Makanan dan minuman diberi di dalam kandang supaya mudah dikawal di samping dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan mengelakkan pembaziran. Sistem ini sesuai untuk ternakan yang dipelihara secara fidlot dan juga untuk lembu atau kambing tenusu.
zero grazingtanpa ragutVeterinarTiadaSistem pemeliharaan ternakan ruminan secara sepenuh kandang dan tidak dilepaskan secara bebas untuk meragut. Dalam sistem ini, makanan seperti dedak dan rumput diberi kepada ternakan di dalam kandang. Sistem pemeliharaan ini mempunyai kelebihan dari segi pengurangan kos buruh dan mengawal jangkitan parasit. Walau bagaimanapun, kos modal untuk memulakan sistem pemeliharaan ini agak tinggi berbanding sistem lain seperti bagi pembinaan reban. Sistem fidlot dan pemeliharaan secara intensif termasuk dalam kategori ini.
ammoniaammoniaVeterinarTiadaGas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3).
stykandang babiVeterinarTiadaTiada
creep areakawasan rayapanVeterinarTiadaKawasan yang menempatkan anak haiwan yang masih menyusu dan dibiarkan bergerak bersendirian untuk belajar mendapatkan makanan pepejal. Contohnya, anak babi yang berumur seminggu dilepaskan di sebelah kandang ibunya. Kawasan ini terletak di sebelah kandang ibu bagi memudahkan anak mendapatkan susu ibu tetapi ibu tersebut tidak boleh memasuki kawasan rayapan ini.
commercial feedlotskandang makanan daganganGeografiTiadaTiada
claiming penkandang penyekatKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas