Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dar] | کندر

Definisi : kayu yg diletakkan di bahu utk menggalas atau memikul barang (yg tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas; mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dar] | کندر

Definisi : Jk; mengandar, mengandarkan menjalankan (motokar dll); kandaran kenaikan, kenderaan; pengandar orang yg menjalankan (motokar dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.dar] | کندر

Definisi : , = pengandar kayu atau tongkat yg digunakan utk menggalas (memikul) barang. mengandar membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul: Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandar
Kata Terbitan : pengandar, mengandar,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ?Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.

Tatabahasa24.11.2013
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka.Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya.
Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2012
LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN Signboard untuk restorant nasi kandar, boleh saya guna visual yg dio lampirkan?Untuk pengesahan bahasa, sila layarai laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.Lain-lain03.10.2022
Assalamualaikum Admin DBP? Saya ingin tahu berkenaan penggunaan bahasa. Saya harap sangat pihak DBP dapat beri jawapan yang lebih tepat. 1) Kayu memikul barang A. GANDAR B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK B. CHEQ 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL B. PERGEDIL Terima kasih Saya ada satu soalan lagi. Jawapan bagi soalan ni nampak mudah, tapi rasa berasa ralat sebab kehendak jawapan berbeza-beza. Spesies Ikan Kaloi A. IKAN GERUME B. IKAN GERUMI * Apa yang saya tahu, ejaan lebih tepat adalah IKAN GURAME & IKAN GURAMI. Memandangkan soalan berkehendakan jawapan seperti yang dinyatakan, saya berasa keliru. Pilihan GERUME atau GERUMI? Harap dapat bantu (soalan terakhir)Salam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara 1) Kayu memikul barang B. KANDAR 2) 'Saya' kata orang Jeniang A. CHEK 3) Burger daripada kentang A. BERGEDIL *** ejaan yang betul ialah BERGEDEL terima kasih -ghaniabu ABDUL GHANI BIN ABU Bhg. Penguatkuasaan Sama-sama kasih. Tuan juga boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2014
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas

2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret

3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu

4. mengangkat -  i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain.

Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun)

Makna20.09.2011

Kembali ke atas