Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.das] | کندس

Definisi : ; mengandaskan menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal); terkandas 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan sering kali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan; kekandasan perihal terkandas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.das] | کندس

Definisi : , = terkandas 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt belayar kerana terlanggar pd perut laut, batu karang dll: Kapal itu pun ~ pd beting pasir dan tidak dpt belayar lagi. 2 ki tidak dpt meneruskan sesuatu usaha dll; tersekat di pertengahan jalan (spt tidak lulus dlm peperiksaan dll); gagal: Banyak murid yg ~ dlm ujian itu. mengandaskan menyebabkan kandas (gagal dsb). kekandasan hal kandas; kegagalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandas (adjektif)
Bersinonim dengan gagal, tewas, tidak lulus, tidak berjaya;,
Kata Terbitan : terkandas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kandaskandas (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
agroundkandasKejuruteraanTiadaTiada
agroundkandasPelayaranTiadaKeadaan kapal yang terkandas dengan bahagian bawah kapal mengenai permukaan dasar.
agroundkandasGeografiTiadaTiada
agroundkandasPerikananTiadaBerkaitan dengan kapal yang terdampar di pantai atau di tasik disebabkan oleh kawalan navigasi yang salah, kerosakan enjin, arus deras atau terlanggar beting pasir.
grounding clausefasal kandasKejuruteraanTiadaTiada
grounding keellunas kandasKejuruteraanTiadaTiada

Kembali ke atas