Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.dil] | قنديل

Definisi : lampu, pelita, kaki lilin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kandil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concretekonkritKesusasteraanPuisiPerihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba.
canon of poetrypiawai nilai puisiKesusasteraanPuisiPeraturan atau ciri yang khusus bagi sesebuah puisi merupakan asas bagi menilai sesebuah puisi. Umpamanya bagi menilai serangkap pantun yang mengandungi nilai-nilai estetik. Pantun ini mempunyai pembentukan rima akhimya a b a b, jumlah perkataan dalam setiap baris biasanya empat dan jumlah suku katanya antara lapan hingga dua belas. Sinonim daftar karya puisi. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang.

Kembali ke atas