Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm se­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
komposisicompositionPecahan kandungan unsur yang terdapat dalam suatu bahan.Menengah Rendah
seks heterogametheterogametic sexJantina spesies yang berbeza kandungan kromosom seksnya. Contohnya, manusia lelaki yang mempunyai kromosom seks X dan Y.Menengah Atas
pengeringandryingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyingkirkan kandungan air yang ada dalam makanan.Sekolah Rendah
tekanan segahturgor pressureTekanan yang terbentuk di dalam sel tumbuhan akibat tekanan hidrostatik kandungan vakuol yang menekan dinding sel tumbuhan yang berkenaan.Menengah Atas
persamaan termokimiathermochemical equationPersamaan lengkap yang mewakili tindak balas kimia yang menggambarkan stoikiometri dan perubahan kandungan tenaga tindak balas kimia.Menengah Atas
paya bakaumangrove swampKawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas