Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm se­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical compositionkandungan kimiaVeterinarTiadaKandungan nutrien dalam sesuatu bahan makanan atau hasil ternakan. Kandungan nutrien ini biasanya menunjukkan kandungan bahan kering, abu, protein kasar, serabut kasar, ekstrak eter (lipid) dan ekstrak bebas nitrogen. Kandungan abu seterusnya dianalisis untuk menentukan kandungan mineral.
content management application (CMA)aplikasi pengurusan kandungan [CMA]Teknologi MaklumatTiadaSalah satu daripada dua bahagian sistem pengurusan kandungan. CMA membolehkan pengurus kandungan atau penulis yang tidak tahu menggunakan HTML untuk mengurus penghasilan, mengubah suai dan membuang kandungan dari tapak Web tanpa kemahiran yang biasa dipunyai oleh seseorang pengurus Web.
rice moisture contentkandungan kelembapan padiPertanianAgronomi

 Kandungan air dalam biji padi. Kandungan ini dipengaruhi oleh kematangan biji dan kelembapan di sekelilingnya. Kaedah penentuan kandungan kelembapan padi adalah melalui penimbangan biji padi sebelum dan selepas dikeringkan dalam ketuhar. Terdapat alat penentuan kelembapan yang lebih cepat tanpa memerlukan pengeringan. Padi yang telah dituai hendaklah dikeringkan dan mengandungi kandungan lembapan tidak melebihi 14 peratus untuk mengelakkan kerosakan setelah dituai.

content cachingpengagregatan kandunganTeknologi MaklumatTiadaTindakan menyalin laman-laman tapak web ke dalam pelayan-pelayan yang terletak di beberapa tempat. Apabila sesebuah kandungan dalam laman Web diminta oleh pengguna, kandungan itu dikenal pasti secara cepat dan akan disampaikan oleh pelayan yang terhampir dengan pengguna. Tujuannya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cepat dan cekap. Pelayan agregat diletakkan di beberapa tempat dalam rangkaian Internet di seluruh dunia. Sinonim pengagihan kandungan, penghantaran kandungan, penghantaran pengedaran kandungan
clay loamloam berselutBiologiEkologiLoam yang mengandungi kandungan selut yang banyak, dengan kandungan air yang melebihi kandungan udaranya. Tanah jenis ini sesuai untuk pertumbuhan tanaman.
content management systemsistem pengurusan kandunganTeknologi MaklumatTiadaSistem yang digunakan untuk mengurus kandungan dalam tapak Web. Ia biasanya terdiri daripada dua unsur, iaitu aplikasi pengurusan kandungan (CMA) dan aplikasi pengagihan kandungan (CDA). Antara fungsi CMS adalah untuk menerbitkan bahan berasaskan Web, mengurus format dokumen, mengawal semakan, mengindeks, mencari dan mencapai kembali.
free contentkandungan bebasKejuruteraanTiadaPerbezaan di antara kandungan suatu isotop dalam bahan diperkaya dengan kandungan isotop tersebut dalam campuran asli.
policy contentkandungan dasarPentadbiranPentadbiran Awam

Sebarang perkara atau isu yang diperbincangkan dan dijadikan landasan serta panduan untuk melaksanakan sesuatu dasar. Tiga elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu kandungan dasar ialah pernyataan matlamat, objektif dan strategi pelaksanaan. Kandungan dasar biasanya wujud daripada kajian dan penyelidikan yang berkaitan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak tertentu untuk membantu menyelesaikan dan menyempurnakan sesuatu matlamat. Kandungan dasar ini boleh dikemas kini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Biasanya, kandungan dasar mempunyai keterangan yang berkaitan dengan sesuatu perkara atau dasar yang hendak dilaksanakan. Contoh, antara kandungan Dasar Wawasan Negara ialah melahirkan masyarakat dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

dolomite limestonebatu kapur dolomitGeologiTiada1. Batu kapur yang mengandungi dolomit, tetapi kandungan CaCO3-nya melebihi kandungan MgCO3-nya.,2. Batuan endapan berkapur yang mengandungi kalsit atau aragonit di samping dolomit.
crude proteinprotein kasarVeterinarTiadaAnggaran kandungan protein yang ditentukan berasaskan kandungan nitrogen dalam bahan makanan yang dikalikan dengan pekali 6.25. Pekali tersebut diperoleh daripada kenyataan bahawa kira-kira 16% daripada protein adalah nitrogen. Cara penetapan ini digunakan secara meluas walaupun tidak dapat menggambarkan kandungan protein secara tepat, serta tidak memberikan gambaran tentang kualitinya kerana terdapat sebatian nitrogen bukan protein yang perlu diambil kira. Contohnya, kandungan protein dalam mil isirung kelapa sawit ialah 15-17%, mil kacang soya 45-50% dan rumput terpilih 8-10%.
12345678910...

Kembali ke atas