Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kang.ga.ru] | کڠݢارو

Definisi : sj binatang maun yg terdapat di Australia yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat, Macropus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kang.ga.ru] | کڠݢارو

Definisi : nama sj binatang yg terdapat di Australia, yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat (yg betinanya membawa anak dlm kantung di bahagian perut), Macropus giganteus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanggaru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Why does a female kanggaroo keep its young in her pouch? terjemahan yang manakah lebih sesuai 1) Mengapakah kanggaru betina membawa anak di dalam kantung? 2) Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung?Berdasarkan ayat bahasa Inggeris tersebut, terjemahan yang boleh digunakan ialah Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung?Penyemakan dan penterjemahan20.04.2019
'Salam, apakah terjemahan sesuai untuk kangaroo pocket" pada baju? Poket kanggaru atau dwipoket baju?Untuk makluman, padanan bagi perkataan kangroo pocket tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut dipadankan dengan perkataan poket kanggaru.Penyemakan dan penterjemahan12.12.2018
apakah maksud ayat dasar pola frasa nama + frasa kerja? boleh berikan beberapa contoh pola frasa nama+frasa nama dan pola frasa nama+frasa kerja. terima kasih.Pola Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) bermaksud subjek ayat ialah Frasa Nama dan predikat ayat ialah Frasa Kerja, contohnya: Ali mandi di sungai - Ali (FN) + mandi di sungai (FK). Contoh bagi ayat pola FN + FN, Binatang itu kanggaru. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 468.Tatabahasa01.05.2011

Kembali ke atas