Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (herba yg hidup di air dan dibuat sayur), Ipomoea reptans; ~ bulu sj tumbuhan (herba yg melilit), selepat tungau, Ipomoea triloba; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, Vitis lanceolata; (akar) ~ laut sjtumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan,akar lanar, Ipomoea digitata; ~ puteri sj tum­buhan (herba air) akar keman hantu, kemangajah, Neptunia prostrata; merayap-rayap spt ~ di ulak jamban prb a) cepat bertambah besar (kanak-kanak dll); b) cepat berkembang biak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kangkung I

Puisi
 

Gulai kangkung gulai gumbiling,
     Sayang kucai berkudut-kudut;
Amunku batah tinggal seorang,
     Kampung usai menjadi kusut.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land convolvuluskangkung daratPertanianTiadaTiada
ipomoea greenkangkungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
open seamkelim belah kangkungPentadbiran PerniagaanTiadaKelim yang dibuat dengan jahit mesin di sebelah dalam dan bahagian basi kelim ditekan terbuka dan tepinya dikemaskan.
open seamkelim belah kangkungKesenianTiadaKelim yang dibuat dengan jahit mesin di sebelah dalam dan bahagian basi kelim ditekan terbuka dan tepinya dikemaskan.
welt seamkelim bebibirKesenianTiadaKelim belah kangkung yang dijahit di sebelah dalam pakaian. Sebelah basi kelim ditrim, kedua-dua basi kelim ditekan ke satu hala dan dijahit tindih pada tepi yang lebar.
corded seamkelim tali pintalKesenianTiadaKelim belah kangkung yang menggunakan kun alur tali pintal.
strap seamkelim hias pitaKesenianTiadaKelim belah kangkung yang dicantum di sebelah dalam, ditekan terbuka, dilapis dengan pita jalur dan dijahit pada kedua-dua tepi pita jalur.
pinked seamguntingan kemasPentadbiran PerniagaanTiadaTepi kelim belah kangkung yang dikemaskan dengan gunting bergerigi.
corded seamkelim ku alurPentadbiran PerniagaanTiadaKelim belah kangkung yang menggunakan kun alur tali pintal.
double stitch seamkelim jahit tindihKesenianTiadaKelim belah kangkung yang ditekan terbuka dan dijahit pada kedua-dua belah kelim dari sebelah luar pakaian atau ditekan ke satu arah dan dijahit di atas garis sebelah luar.
12

Kembali ke atas