Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.ser] | کنسر

Definisi : penyakit barah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ser] | کنسر

Definisi : lambang keempat dlm zodiak, yg berlambangkan ketam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ser] | کنسر

Definisi : ist penyakit ketumbuhan yg berbahaya di dlm atau di luar badan yg disebabkan oleh pertumbuhan tisu yg tidak normal dan dpt merebak ke bahagian lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanser


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cancer pain managementpengurusan nyeri kanserPerubatanTiadaPengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut.
anticancerantikanserHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mencegah kanser atau/dan menghalang kanser daripada merebak.
cancer nanotherapynanoterapi kanserFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF.
Kanzius RF therapyterapi Kanzius RFFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat.
colon cancerkanser kolonSosiologiTiadaKanser atau barah yang terjadi pada kolon atau usus besar.
antiandrogenantiandrogenFarmasiFarmakologiAgen yang menghalang tindakan androgen pada reseptor androgen.Agen inibiasanya digunakan dalam rawatan kanser prostat. Agen ini merencat reseptor pada sel kanser prostat yang sensitif terhadap hormon androgen dan menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel tersebut. Antiandrogen juga boleh mengurangkan penghasilan androgen dalam badan. Kegunaan lain antiandrogen termasuklah merawat hirsutisme, alene dan jenis kanser yang bergantung pada androgen seperti kanser payu dara. Contoh agen ini ialah bikalutamida, nilutamida dan fiutamida.
chemotherapykemoterapiPerubatanFarmakologi

Rawatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk memusnahkan sel-sel mikroorganisma atau sel-sel kanser. Walau bagaimanapun, istilah kemoterapi lebih bersinonim dengan rawatan kanser. Dalam rawatan jangkitan kuman antibiotik digunakan sebagai agen kemoterapi manakala dalam rawatan kanser pula antineoplastik digunakan.

cancerkanserKimiaBiokimia1. Penyakit yang disebabkan oleh organisma multisel yang tumbuh tanpa kawalan dan merebak ke organisma lain. Sel-sel kanser yang kelihatan berbeza daripada sel organisma asalnya, membiak dengan cepat dan lebih aktif sifatnya daripada sel yang ditumbuhinya. 2. Tumor malignan.
cancerkanserMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang dikaitkan dengan pertumbuhan tisu yang tidak terkawal. Faktor diet boleh menyumbang kepada pelbagai jenis kanser terutamanya diet tinggi lemak.
chemotherapykemoterapiPerubatanTiadaRawatan kanser atau penyakit berjangkit dengan menggunakan ubat yang bertindak membunuh sel kanser atau sel mikroorganisma yang berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas