Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penyakit barah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanser I


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kansercancerPenyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Kanser mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.Menengah Rendah
kansercancerSejenis penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan, yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal, tidak terkawal dan sering kali merebak dan merosakkan bahagian lain.Menengah Atas
leukemialeukaemiaSejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa.Menengah Rendah
karsinogencarcinogenBahan yang merangsang pertumbuhan sel kanser dalam tisu hidup.Menengah Rendah
kesaneffectAkibat atau hasil sesuatu kejadian atau tindakan. Contohnya, penyakit kanser peparu merupakan kesan daripada perbuatan merokok.Sekolah Rendah
pelawasroughageMakanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna, seperti selulosa. Pelawas boleh membantu mencegah sembelit dan mengelakkan kanser usus. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.Menengah Atas
sinar ultraunguultraviolet raySinaran gelombang elektromagnet yang berjulat antara 10 nm — 400 nm dengan frekuensinya lebih besar, dan jarak gelombangnya lebih kecil daripada cahaya boleh nampak. Dedahan sinar ultraungu yang berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu dikenali juga sebagai sinar ultralembayung.Menengah Rendah

Kembali ke atas