Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. saku, kocek; 2. pundi-pundi, kam­pit: sebuah ~ kain tersangkut di bahunya; ~ kemaluan = ~ pelir pundi-pundi buah pelir; ~ nasi Jk perut besar; daerah ~ daerah yg menyisip di dlm daerah lain; berkantung mempunyai kantung (pundi-pundi); mengantungkan memasukkan ke dlm kan­tung (saku): dgn sehelai kertas kerja, satu jumlah yg besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kocek atau saku pd seluar, baju dll. 2 kampit tempat wang dll disimpan; pundi-pundi. 3 = ~ kemaluan (pelir) pundi-pundi buah pelir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kantung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi

2. Bersinonim dengan rahim: pundi-pundi peranakan.



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM 
KALSEOLARIA

Kalseolaria ialah tumbuhan yang mempunyai

bunga bulat atau berbentuk kantung, berwarna

cerah. Terdapat kira-kira 400 spesies yang tumbuh

liar di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

UMUM 
OPOSUM

Oposum ialah mana-mana anggota famili

mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat.

Oposum betina membawa anaknya dalam

kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru,

dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak

yang benar-benar tidak terbina dinamakan

marsupial. Oposum adalah satu-satunya

marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia

hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan

hingga ke Amerika Selatan.

UMUM 
MADU

Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang

dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar

ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari

bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap

lebah pekerja mempunyai kantung dalam

badannya yang dikenali sebagai perut madu,

tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula

dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali

sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu

fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan

nektar dalam sarangnya, ia membiarkan

kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat.

Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan

rasanya.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
POSUM

Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas

pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau

yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu

haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar

tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya

semasa melekap pada puting ibunya. Seperti

kebanyakan marsupial, anak posum membesar

semasa dikendong ke sana sini dalam kantung

pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah

marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum

berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia

yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ).

UMUM 
MOMOK TASMANIA

Momok Tasmania ialah haiwan garang yang

hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan

mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan

yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada

waktu malam dan menghabiskan waktu siang di

gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat

perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih

kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya

yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya.

Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda

putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam

seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial.

Marsupial betina melahirkan anak yang tidak

terbina dengan baik. Seperti kebanyakan

marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam

kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu

ibunya sehingga ia membesar dengan lebih

sempurna.

Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong

dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus

harrisii .

UMUM 

Kembali ke atas