Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nun] | قانون

Definisi : undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksa­an; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal; terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang; pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nun] | قانون

Definisi : undang-undang; hukum; peraturan: ~ adat hukum adat. ~ jenayah kanun keseksaan. ~ keseksaan undang-undang yg termaktub yg berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya. berkanun diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. menganunkan menjadikan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa rasmi negara ini. terkanun telah dijadikan undang-undang; termaktub dlm undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanun (kata nama)
Bersinonim dengan undang-undang, hukum, peraturan, kaedah, tatacara, prosedur;,
Kata Terbitan : mengkanunkan, terkanun, pengkanunan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya berminat utk menulis artikel ilmiah bagi diterbitkan di majalah KANUN. Harap dapat menrangkan prosedurnya dan adakah ia hanya di dalam bahasa Melayu? T kasih.

Kanun, jurnal undang-undang terbitan DBP dalam bahasa Melayu. Jurnal ini memuatkan makalah undang-undang dan penghakiman kes. Makalah undang-undang yang diterima akan dinilai kesesuaiannya sebagai sebuah makalah  akademik. Penghakiman kes pula diperoleh daripada mahkamah. Makalah undang-undang dalam bahasa Melayu manakala penghakiman pula pun diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebelum disiarkan.

 

  

Lain-lain07.01.2010
Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan berkaitan cara menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Berikut merupakan soalan contoh bagi soalan yang telah saya ajukan. 1. Pihak polis sedang menyiasat kes pembunuhan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jawapan 1. Kes pembunuhan itu sedang disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 2. Kes pembunuhan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan oleh pihak polis. Soalan saya, apakah jawapan yang paling tepat? Adakah unsur keterangan " di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan" boleh diletakkan pada bahagian tengah ayat?Kedua-dua ayat pasif ini betul. Perbezaannya kata sendi nama "oleh" boleh digugurkan dalam ayat pertama, tetapi dalam ayat kedua kata sendi nama "oleh" tidak boleh digugurkan.Tatabahasa27.10.2015
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
Salam sejahtera. Ayat-ayat berikut, yang manakah betul? 1. a. Mereka bekerjasama menjalani aktiviti gotong-royong. b. Merekan bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong. 2. a. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mencari harta kanun, pertandingan melukis dan aktiviti-aktiviti lain. b. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan mencari harta kanun, pertandingan melukis dan aktiviti-aktiviti lain dijalankan.

Ayat yang betul ialah:

1. Mereka bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong.

2. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan mencari harta karun, melukis dan lain-lain

Tatabahasa16.12.2021
Saya terbaca satu artikel mengenai Hukum Kanun Melaka yang menyatakan bahawa lima istilah-istilah yang hanya boleh disebut oleh Sultan. Iaitu "beta", "murkah", "anugerah"... Di antaranya satu istilah dengan sebutan "berparik". Saya tidak dapat mencari perkataan ini dari kamus ataupun internet. Maka itu, harap pihak tuan dapat membantu saya untuk mendapatkan maksud perkataan ini. Sekian, terima kasih!Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat tentang perkataan "berparik", baik dalam sumber rujukan kami, mahupun melalui carian di Internet.Lain-lain07.12.2015
(18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik".

Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.

Ejaan08.10.2021
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP?

Jurnal yang diterbitkan oleh DBP

Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu)

Kanun( Bahasa Melayu)

Malay Literature( Bahasa Inggeris)

Perisa(Bahasa Melayu)*

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)*

* Jurnal ini tidak lagi diterbitkan

 

 

 

Lain-lain08.04.2010
Apakah perbezaan antara "bertauliah" dan "berkanun"?Misalnya, bagi seseorang yang berkelayakan Chartered Accountant atau Chartered Secretary, adakah betul dan tepat sekiranya ia dipanggil Akauntan/Setiausaha Berkanun? Ataupun Akauntan/Setiausaha Bertauliah merupakan deskripsi yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, bertauliah bermaksud mempunyai tauliah. Manakala, berkanun pula bermaksud memakai atau mengikut kanun. Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan untuk chartered accountant ialah akauntan berkanun atau akauntan bertauliah, chartered secretary ialah setiausaha berkanun atau setiausaha bertauliah mengikut konteks dan penggunaan ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2022
Mohon penerangan secara terperinci berkaitan dengan definisi bahasa klasik dan senarai contoh bahasa klasik. Terima kasih.Bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yang serius dan abadi nilainya,  tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi.Makna23.07.2013
12

Kembali ke atas