Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nun] | قانون

Definisi : undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksa­an; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~; mengkanunkan menjadikan undang-undang, mewujudkan (mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal; terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undang-undang; pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nun] | قانون

Definisi : undang-undang; hukum; peraturan: ~ adat hukum adat. ~ jenayah kanun keseksaan. ~ keseksaan undang-undang yg termaktub yg berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya. berkanun diluluskan oleh undang-undang; menurut undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen. badan ~ badan (spt Dewan Bahasa, MARA, UDA) yg ditubuhkan oleh kerajaan dgn kelulusan Parlimen utk menyelenggarakan sesuatu dgn mendapat bantuan kewangan drpd kerajaan. menganunkan menjadikan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa rasmi negara ini. terkanun telah dijadikan undang-undang; termaktub dlm undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanun (kata nama)
Bersinonim dengan undang-undang, hukum, peraturan, kaedah, tatacara, prosedur;,
Kata Terbitan : mengkanunkan, terkanun, pengkanunan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kanunkanunMuzikTiada

 Lihat qanun.

civil codekanun awam/kanun sivilSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
kanun (Ar)kanunKesenianTiadaZiter Arab.
canonkanunKesusasteraanTiadaSekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut.
codekod; kanunSejarahTiada2.Kanun: Sebarang bentuk kumpulan undang-undang bertulis.
building codekanun bangunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanKanun yang digubal bagi memastikan supaya setiap proses pembinaan yang dilaksanakan itu dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap piawai minimum, khususnya dalam aspek kesihatan dan keselamatan.
canonickanunFizikTiadaTiada
canonickanunMatematikTiadaTiada
canonkanunKesusasteraanTiadaTiada
canonkanunKesusasteraanPuisiSatu bentuk puisi yang agung. Ukuran keagungannya bukan terpancar hanya pada isi tetapi juga teknik pengucapan pemikiran. Istilah ini berasal daripada kata Yunani Kanoon yang bermakna kayu ukur, contoh, norma, daftar dan hukum.
1234567

Kembali ke atas