Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : alat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : Mn kepak, sayap; berkapak; tidak ~ ki tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apa-apa alat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : sj ikan laut, gedabang, Mene maculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : alat yg terdiri drpd bilah besi dan tangkai dan digunakan utk membelah (kayu), menebang (pokok dll). mengapak membelah kayu, menebang pokok dll dgn menggunakan kapak: Ketika itu Hang Tuah sedang ~ kayu api di hadapan kedai bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kapak tak boleh membelah kayu,
     kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

Bermaksud :

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Murid-murid ( menghiasi / menghiaskan / menghias ) pentas dengan kain dan bunga hiasan. 2. Ahli bomba ( mengguna / menggunakan ) kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

1. Murid-murid menghias pentas dengan kain dan bunga hiasan. - menghias, bermaksud menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain)

2. Ahli bomba menggunakan kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. - menggunakan, bermaksud melakukan sesuatu dengan ____ .

Tatabahasa30.09.2010
Apakah perbezaan antara mengasah dengan menyabit?contoh,mengasah kapak.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengasah ialah menajamkan, mengilir, mencanai, menyerodi atau menggosok (untuk meratakan, melicinkan dan lain-lain. Contoh ayat, Pak Ali sedang mengasah pisau. Menyabit pula bermaksud  memotong padi, rumput dan lain-lain  dengan sabit. Contoh ayat, Pak Abu sedang menyabit di bendang.Makna21.08.2021
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan.Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan.Tatabahasa26.08.2010
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih.

Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah;

1. melaksanakan tanggungjawab

2. tidak berasa gerun

3. menguatkan diri

4. agak gugup.

 Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Kata 'parut" boleh tak digunakan merujuk kepada pokok. Contoh ayat: Parut pada batang pokok durian di belakang rumah itu masih baru.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, parut ialah 1.  pemarut, parutan alat utk mengukur kelapa; 2. bekas luka (bisul) pada kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yang telah tua; 3. bekas ditetak pada pokok (kayu): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu;.

Berdasarkan takrifan itu, perkataan "parut" dalam ayat tersebut boleh digunakan.
Tatabahasa14.05.2013
Assalamualaikum, Ada sebuah hadis sahih yang menganjurkan agar manusia membunuh dua jenis ular yang berbisa iaitu: 1. Atractaspididae (yang lebih dikenali dengan nama mole vipers/ stiletto snakes/ burrowing asps) 2. Cerastes (yang lebih dikenali dengan nama horned vipers/ North African desert vipers/ cerastes vipers) Persoalannya, apakah terjemahan rasmi bagi kedua jenis ular ini di dalam bahasa Melayu? Saya menghadapi masalah dalam menterjemah hadis ini ke dalam bahasa melayu dek tidak tahu nama bagi kedua-dua ular ini. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah viper secara umumnya ialah ular kapak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah29.03.2023
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan.1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu)

2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan  kapak dan lain-lain.

3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Lain-lain29.08.2015
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"?Perkataan yang paling tepat ialah handal. 

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak.
Tatabahasa18.02.2014
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014

Kembali ke atas