Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : alat drpd bilah besi yg tajam dan ber­tangkai kayu (utk menebang pokok, mem­belah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan se­suatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak; pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : Mn kepak, sayap; berkapak; tidak ~ ki tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apa-apa alat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : sj ikan laut, gedabang, Mene maculata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pa/] | کاڤق

Definisi : alat yg terdiri drpd bilah besi dan tangkai dan digunakan utk membelah (kayu), menebang (pokok dll). mengapak membelah kayu, menebang pokok dll dgn menggunakan kapak: Ketika itu Hang Tuah sedang ~ kayu api di hadapan kedai bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapak
Rujuk :senjata

Puisi
 

Ambil kapak belah ke kundur,
     Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak saya tak undur,
     Itu adat anak laki-laki.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kapak tak boleh membelah kayu,
     kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya.

Bermaksud :

Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
axekapakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan untuk tugasan berat seperti menebang pokok atau menarah perahu. Kapak wujud pada Zaman Neolitik dan Logam. Pada Zaman Neolitik, kapak ada pelbagai jenis, antaranya kapak berbahu, kapak genggam dan kapak bersegi empat. Kapak besi bersoket dan kapak besi bersoket bertangkai panjang dijumpai pada Zaman Logam. Kedua-dua zaman ini mempunyai ciri kapak yang sama, iaitu bahagian mata berasah dan lebar, sementara matanya bertemu di bahagian hujung dan bawah. Banding beliung.
mata kapakmata kapakKerisTiadaBuntut yang berbentuk seperti mata kapak.
hand axekapak genggamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik.
Chellean culturebudaya ChelleanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan budaya penggunaan kapak batu yang berkembang di Eropah pada Zaman Paleolitik Awal. Kapak batu ini mempunyai ciri bentuk seperti buah pear, tajam pada bahagian belakang dan dasar yang tebal. Nama budaya ini diambil sempena nama tempat kapak batu ditemui iaitu di Chelles-sur-Marne (Perancis). Alatan kapak batu ini pernah dikenali dengan nama Chelleo-Acheulian bagi menggantikan kapak batu Afrika. Walau bagaimanapun, budaya Chellean kini dikenali dengan nama Acheulean disebabkan alatan batunya menyamai budaya alatan batu Acheulen. Lihat juga budaya Acheulean.
battle-axekapak perangSejarahTiadaKapak yang dijadikan senjata perang daripada batu atau logam pada zaman budaya Neolitik di Eropah Utara.
double axekapak dua mataSejarahTiadaKapak yang mempunyai tangkai berlubang dan bermata dua yang digunakan untuk membelah kayu, senjata perang, juga sebagai lambang dewi di Minoa pada zaman Gangsa Greek.
axekapakKejuruteraanTiadaTiada
broadaxekapak lebarPerhutananTiadaTiada
hatchetkapak kecilKejuruteraanTiadaTiada
halberdkapak senjataSejarahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas