Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pal] | کاڤل

Definisi : bahtera atau perahu besar yg ada gela­dak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk men­dalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengan­dungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg me­ngarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak ber­tambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pal] | کاڤل

Definisi : kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang; kapalan berbelulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pal] | کاڤل

Definisi : kenderaan di air (lebih besar drpd perahu dan ada geladak) yg biasanya belayar di laut. ~ api (asap, stim) kapal yg dijalankan dgn tenaga wap. ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap. ~ dagang (niaga) kapal yg membawa barang-barang dagangan. ~ haji kapal yg membawa jemaah haji. ~ korek jentera yg berupa kapal yg digunakan utk mengorek bijih timah dll. ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar. ~ penumpang kapal yg membawa penumpang. ~ perang kapal utk berperang. ~ pukat kapal yg dilengkapi alat utk menangkap ikan. ~ selam kapal yg dpt bergerak di dlm air. ~ tangki kapal yg mempunyai tangki utk mengangkut minyak, susu getah dll. ~ terbang kenderaan berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). ~ terbang jet kapal terbang yg menggunakan kuasa jet. berkapal 1 ada atau mempunyai kapal. 2 belayar atau pergi ke sesuatu tempat dgn kapal; menaiki kapal: Dia ~ ke Mekah. perkapalan hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Kapal dagang kapal Bugis,
     Kapal hendak ke negeri China;
Dulu tak cukup sekarang tak habis,
     Adik ini nak buang ke mana?


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Kapal besar ditunda jongkong.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL BAGUR PENJARA

Kapal bagur penjara ialah kapal yang

digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris.

Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di

pelabuhan tentera laut di selatan England.

UMUM 
KAPAL PERANG

Kapal perang ialah kapal tempur tentera laut.

Sesetengah kapal perang mampu menyerang

pesawat udara, kapal permukaan, dan kapal selam

musuh.

UMUM 
TERUSAN KIEL

Terusan Kiel adalah jalan air yang merupakan

jalan pintas bagi kapal-kapal yang belayar dari Laut

Utara ke Laut Baltik. Pada suatu masa dahulu, ia

dikenali sebagai Terusan Kaiser Wilhelm. Nama

Jerman yang rasmi ialah Nord-Ostsee-Kanal

(Terusan Laut Utara-Timur). Ia memendekkan

pelayaran mengelilingi Denmark dengan jarak

melebihi 480 kilometer. Terusan ini terletak di

utara Jerman. Ia bermula dari Brunsbüttelkoog di

muara Sungai Elbe hingga Holtenau berhampiran

Kiel, iaitu bandar pelabuhan Baltik. Terusan ini

dinamakan serupa nama bandar pelabuhan Kiel.

Pembinaan Terusan Kiel dimulakan oleh

kerajaan Jerman pada tahun 1887, dan siap pada

tahun 1895. Semenjak itu, terusan ini telah

diperluaskan. Julat kelebaran terusan ini ialah

antara 102 meter hingga 162 meter, dalamnya 11

meter dan panjangnya 98.5 kilometer. Bom-bom

tentera Berikat merosakkan terusan ini semasa

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
NAHAS KAPAL

Nahas kapal ialah kemusnahan atau kehilangan

sesebuah kapal. Nahas kapal disebabkan oleh

pelbagai punca. Sebuah kapal mungkin musnah

kerana kebakaran atau ia mungkin tenggelam

selepas bertembung dengan kapal lain.

UMUM 
KAPAL PEMBINASA

Kapal pembinasa ialah sejenis kapal perang.

Tentera laut menggunakan kapal pembinasa ini

secara meluas untuk melindungi kapal perang yang

lebih besar, kapal amfibia dan juga kapal dagang

daripada serangan musuh.

UMUM 
STOR KAPAL

Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan,

istilah stor kapal merujuk kepada tar dan gala-gala.

Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini,

istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin,

gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan

beberapa pokok damar.

UMUM 
KAPAL INDUK PESAWAT UDARA

Kapal induk pesawat udara ialah kapal yang

digunakan sebagai pangkalan bergerak untuk kapal

terbang. Dengan kuasa penyerang pesawat

udaranya, kapal induk merupakan kapal perang

permukaan yang paling kuat.

UMUM 
KAPAL FRIGAT

Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan

untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini

boleh melancarkan roket dan peluru torpedo

terhadap kapal selam.

UMUM 
ANGIN PASAT

Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup

menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau

tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal

pedagang banyak bergantung pada angin pasat.

UMUM 
PERALATAN KAPAL TERBANG

Peralatan kapal terbang lihat Kapal terbang

(Memandu kapal terbang); gambar: (peralatan dan

alat kawalan kokpit)).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas