Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kenderaan berjentera yg dpt bergerak di udara (biasanya utk membawa penumpang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapal (kata nama)
Bersinonim dengan bahtera, lancang, keci, kapal layar, jong, feri.,

Puisi
 

Kapal terbang berkipas empat,
     Putuslah terlepas tali kemudi;
Habis kutilik dalam makrifat,
     Di mana tinggalnya si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan?kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan.Tatabahasa23.07.2007
Sila nyatakan jawapan yang betul. Pameran_________akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November. A. kapal terbang B. kapal-kapal terbangPameran kapal terbang akan diadakaan di Pulau Langkawi bermula pada bulan November.Tatabahasa12.08.2012
1. Tentara udara itu membuat terjunan dari kapal terbang tentera. 2. Tentara udara itu membuat terjunan daripada kapal terbang tentera. Penggunaan "dari" dan "daripada", manakah satu ayat yang betul? Mengapa?

Encik Yong,

Frasa yang betul ialah dari kapal terbang, iaitu merujuk tempat. 

Tatabahasa10.03.2010
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
aerodinamik...??????1. Ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (spt kapal terbang, kereta dll) 2. berkenaan sesuatu benda ( spt kapal terbang, kereta dsb) yang mempunyai bentuk yang dapat melalui udara dengan mudah dan lajuMakna09.11.2006
anak buahAnak buah merupakan simpulan bahasa yang merujuk a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll).  Istilah14.09.2009
Ayat pasif yang mana satu bertul? 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 2. Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan. 3. Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Ayat pasif yang betul ialah: 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Tatabahasa19.08.2020
Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.10.2022
Bolehkah kita menggunakan "walaupun'dan 'tetapi' dalam satu ayat yang sama? Apakah perkataan yang sesuai untu bunyi cicak dan kapal terbang? Sekian terima kasih.

'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Perkataan yang sesuai untuk menerangkan bunyi cicak ialah kecap atau mengecap. Tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi kapal terbang, tetapi boleh menggunakan perkataan gemuruh/bergemuruh, dengung/berdengung untuk menerangkan bunyi kapal terbang.

Tatabahasa06.01.2011
123456

Kembali ke atas