Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan per­niagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi sesebuah negara yg membolehkan perdagangan dan perindustriannya dikuasai dan diurus oleh pemodal-pemodal sendiri (dgn memperhitungkan aspek-aspek persaingan, keuntungan, bekalan dan permintaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapitalisme (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perdagangan bebas, pasaran terbuka, penindasan, laissez-faire.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetikDisleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum.Makna28.09.2007

Kembali ke atas