Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan per­niagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pi.ta.lis.me] | کاڤيتاليسمى

Definisi : sistem ekonomi sesebuah negara yg membolehkan perdagangan dan perindustriannya dikuasai dan diurus oleh pemodal-pemodal sendiri (dgn memperhitungkan aspek-aspek persaingan, keuntungan, bekalan dan permintaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapitalisme (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perdagangan bebas, pasaran terbuka, penindasan, laissez-faire.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPITALISME

Kapitalisme ialah sistem ekonomi politik

berasaskan harta dan keuntungan persendirian.

UMUM 
SISTEM PERUSAHAAN BEBAS

Sistem perusahaan bebas lihat Kapitalisme.

UMUM 
PASARAN EKONOMI

Pasaran ekonomi lihat Kapitalisme.

UMUM 
GERAKAN KIRI INDONESIAGERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo).SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BRECHT, BERTOLT

Brecht, Bertolt juga dieja Bertold (1898–1956)

ialah dramatis Jerman yang penting. Brecht

cuba menunjukkan bahawa pengaruh sosial

boleh menentukan sifat manusia, dan keburukan

kapitalisme boleh membuatkan orang miskin

menjadi kejam dan orang kaya mengamalkan

rasuah.

UMUM 

Kembali ke atas