Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kap.ten] | کڤتن

Definisi : 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg keduduk­annya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm ten­tera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab me­ngendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4. = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5. orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa me­mimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kap.ten] | کڤتن

Definisi : kapten /kaptén/ 1 = ~ kapal ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. 2 pegawai tentera darat yg berpangkat di bawah mejar tetapi lebih tinggi drpd leftenan. 3 pegawai tentera laut yg berpangkat di bawah komodor tetapi lebih tinggi drpd komander. 4 ketua dlm sesuatu pasukan (pasukan bola sepak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapten

Puisi
 

Singapura bandar baru,
     Kapten Light jadi raja;
Bunga melur cempaka biru,
     Kembang sekuntum di mulut naga.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1 Malaysia. "Terima kasih, kapten." Saya ingin bertanya, perlukah kapten itu dieja dengan huruf besar K? Terima kasih."Terima kasih, kapten." (k huruf kecil kerana bukan nama khas)Lain-lain26.07.2021
Assalamualaikum, Saya Kapten Ali Mohamad, Pegawai Media di Bahagian Perhubungan Awam TUDM. saya ingin mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat dari pihak tuan berhubung dengan penerbitan buku berkaitan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pejabat saya telah menerima permohonan dari seorang individu yang berhasrat untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku berkaitan kerjaya dalam pasukan TUDM. Penulis berkenaan telah memohon kebenaran dari pihak TUDM bagi menerbitkan buku tersebut. Untuk makluman pihak tuan, pengisian/kandungan buku tersebut adalah menjurus kepada maklumat/informasi yang ingin disampaikan kepada pembaca berkenaan kerjaya dalam TUDM yang boleh disertai oleh masyarakat malaysia. Kos penerbitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak TUDM ingin mendapatkan nasihat dari pihak tuan khususnya berkaitan perundangan, hak dan royalti bagi penerbitan buku tersebut.Lazimnya penerbit akan menyediakan suatu kontrak dengan penulis yang akan memperturunkan segala syarat dan terma penerbitan sebelum sesebuah buku itu diterbitkan. Kontrak atau perjanjian ini hendaklah dipersetujui bersama (penerbit dan penulis), ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disetemkan agar menjadi suatu dokumen yang sah dari segi undang-undang.

Hak dan tanggungjawab penulis dan penerbit akan termaktub di dalam kontrak yang disediakan.

Setiap buku atau karya yang diterbitkan akan diberi ganjaran oleh penerbit sama ada dalam bentuk honorarium atau bayaran royalti mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh penerbit yang berkenaan. Kadar peratus royalti untuk penulis dan kaedah bayarannya tertakluk pada dasar penerbitan penerbit tersebut.
Lain-lain16.10.2013
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah i.  Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar.
Tatabahasa14.01.2020
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017
Assalamualaikum, Saya dari Unit Perhubungan Awam Maritim Malaysia ingin menanyakan berkenaan istilah pangkat dalam Maritim Malaysia iaitu - Kepten (Maritim), saya cuba membuat carian dalam http://prpm.dbp.gov.my/ tidak ditemui tetapi hanya istilah kapten(Tentera darat) yang ditemui. Untuk makluman pihak tuan, untuk pangkat Kepten dalam Maritim Malaysia adalah sama dengan pangkat dalam tentera Laut (Kepten TLDM) dan Pangkat Kolonel dalam Tentera Darat. Saya juga telah beberapa kali berhubung dengan editor surat khabar untuk memaklumkan berkenaan istilah tersebut, mereka memberitahu bahawa istilah Kapten sahaja yang ada dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Macam mana saya hendak memaklumkan secara rasmi kepada DBP tentang istilah pangkat dalam Maritim Malaysia. Pihak tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2004 (Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim). http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2004/pp062004.pdf. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas makluman tuan. Kami mencadangkan maklumat tersebut disalurkan secara rasmi (secara bertulis) kepada pihak yang berkepentingan, iaitu Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera yang bertanggungjawab dalam penyediaan manuskrip kamus dan istilah (untuk penambahbaikan pada masa akan datang). Maklumat berkenaan boleh dihantar kepada Encik Rusli bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.12.2015
maksud perkataan Perwira dan SatriaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani;Istilah18.06.2009
I am writing from AirAsia Academy and would like to know the correct terminology for the different positions that pilots hold in an airline. What is the correct Bahasa Malaysia term for the following: 1. Commander of the Aircraft 2. Captain 3. Co-pilot 4. First Officer (also pilot in the cockpit who works with Captain/commander of the aircraft) Would appreciate a response soonest. Thank you. Regards Brenda Marshall

Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Pesawat Udara

2. Kapten

3. Pembantu Juruterbang

4. Pegawai pertama (jika membawa maksud "pilot", padanannya "juruterbang)

Istilah09.08.2009

Kembali ke atas