Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tum­buhan (lumut), rumput angin, tahi angin, (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 = pokok ~ barus nama sj pokok yg menghasilkan kapur barus, Dryobalanops aromatica. 2 nama sj pokok yg kayunya digunakan utk membuat kerusi meja dll, Dryobalanops oblongifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapur

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Jangan ditambat di pohon keduduk;
Kapur saya kapur berjintan,
     Jangan diculik dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kapur di hujung telunjuk.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong sanak saudara.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Kerbau saya kerbau jantan, Dia makan padang senduduk; Kapur saya kapur intan, Jangan dicedok dengan telunjuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kerbau saya kerbau jantan, Jangan ditambat di pohon keduduk; Kapur saya kapur berjintan, Jangan diculik dengan telunjuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kapur sirih bawa ke hulu, Bekal singgah ke Bukit Permata; Tidur lena makan tak lalu, Bantal basah dek air mata.Pantun Melayu SarawakKasih
Kapur barak bertupa-tupa, Tiram berlalu sungai Mat Dadeh; Hati nak marah bercampur suka, Hilang malu kerana kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabu liat tabu kapur, Sama tengah pokok keladi; Apa dibuat orang dapur, Kalau dah masak hidang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau berjaja sirih dan kapur, Tentulah ada gambir dan pinang; Kalau bekerja bersih dan jujur, Tentulah namanya dipuji orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas